Tuesday, October 19, 2010

bertukar.

Lets change for better.

Kalau dulu selalu study baring dekat katil,
at least boleh try untuk study sambil duduk atas katil.
Kalau dulu spend a lot of time on facebook,
hopefully can reduce the time for it.
Kalau kurang excercise,
hopefully boleh excercise sedikit.
Kalau dulu suka procrastinate,
at least boleh try untuk buat kerja awal atau plan the work first.
Kalau dulu nakal/jahat,
cuba untuk berubah ke arah lebih baik.

Tiada manusia yang sempurna di dunia.
Setiap manusia pasti ada flaw masing-masing.
Yang penting kita berusaha ke arah yang lebih baik.
Untuk betulkan diri kita ke arah yang lebih baik.
Semoga usaha kita diberkati.

Monday, October 11, 2010

Cilok from iluvislam.com


Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini.

Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah.

Kita juga selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah dihati kita, alangkah bahagianya orang itu.

Hakikatnya, apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah, kita ditimpa pelbagai karenah.

Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh dihadapan.

Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang motosikal itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju.

Padahal si penunggang motosikal sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan.

Tuesday, October 5, 2010

12.56

Jam menunjukkan pukul 12.48AM.

Test calculus dah pagi tadi.
Pre-test marketing dah buat ptg tadi.
IH outline dah okay hopefully.
Reading case discussion for marketing class tomorrow.

Nak tutup mata.....
Esok bangun,
NewShoes group meeting, marketing mix.
Sigmund Freud kena baca.
Marketing chapter 7 kena baca, then buat pre-test lagi.
Homework calculus kena submit.

Malas dah kena buang sedikit demi sedikit.
Its hard to change a habit but hell yeah kena try.

Semoga hari esok lebih baik dari hari ini.
Rabbi zidni 'ilma warzukna fahma.
Bismikallah humma ahya wa amut.....

 

blogger templates | Make Money Online