Tuesday, July 26, 2011

Mentaliti

Macam mana negara kita nak maju kalau perangai rakyat tak maju.
Senyum-senyum, gelak-gelak sikit, tepuk tangan, cukup la.
Bila kita nak maju kalau dalam forum pun audience boleh 'menjawab' penjelasan panel.
Be a professional la bro. Berforum kita bincang baik-baik. Bukan melalak tak tentu pasal.

And bila moderator dah cakap pertanyaan tak perlu intonasi yang macam marah/tak puas hati, tanya la soalan dekat panel baik-baik.
Barulah moden sikit Malaysia.



*Tadi gua tengok Apa Selepas 9 Julai, malu gila tengok audience macam tu. Harap lps ni audience jangan extreme sangat. And one more, tolong jemput Prof Agus jadi moderator please. :D *

Wednesday, July 20, 2011

iklan

Saya rasa ini sangat cool.



Thursday, July 7, 2011

selera


Seperti yang korang semua sedia maklum, kalau balik Malaysia summer break macam ni, makan mesti la best-best sikit compared to makan kat sana. Alih-alih ulang resipi sama. Biasalah, orang bujang.


So, sampai di KLIA, aku keluar-keluar terminal cari Burger King dengan harapan nak bedal burger yang aku biasa makan. Sampai dekat kaunter, terus aku lupa burger apa yang aku selalu makan dekat BK. Last-last makan Mushroom Swiss Burger gak. Langsung tak sedap. Tak puas hati dengan burger king, aku niat nak isi lagi perut dengan McDonalds since nak tunggu flight ke Kota Bharu bukan main lama lagi. Lebih kurang dua tiga jam lepas tu, isi perut dengan Spicy Chicken McDeluxe, Chocolate Sundae. Tu pn burger dia makan separuh. Balik Kelantan, dalam sebulan ni ada la gak try KFC. Tak sedap. Mungkin lidah aku dah tak layan sangat fast food dah.

Jadi, memandangkan Kelantan agak popular dengan makanan yang variety dan sedap, berikut adalah suggestion aku untuk siapa-siapa yang mahu makan-makan jika berkunjung ke negeri Kelantan. Yang pasti, makanan kat sini murah-murah sikit compared to negeri-negeri luar sana aku rasa. Dari segi sedap ke tak sedap, itu terpulang pada diri sendiri. Cuma taste buds aku ni macam tak layan sangat makan makanan negeri lain kecuali hidangan-hidangan yang datang dari negeri itu sendiri macam keropok lekor. Memang tak boleh lawan yang dekat Terengganu la kan.

Restoran yang terkenal dengan nasi kerabu. Mungkin korang pernah jumpa Yati Ayam Percik dekat Kajang, tapi yang original punya sini mari. Bagi yang tak berapa tau, nasi kerabu sedap sebab ada budu dalam kuah dia. So kalau korang cakap tak makan budu tapi bedal nasi kerabu empat lima bungkus nampak sangat korang nak jaga 'high class' korang.

Restoran ni aku jarang makan. Tapi makanan dia boleh tahan dan yang penting, murah. Lauk-lauk pun banyak pilihan. Sultan Kelantan dengan Raja Permaisuri Kelantan pun selalu makan dekat sini tak silap aku dulu.

Restoran ni pun sedap juga makanan dia. Pernah masuk Majalah 3 dulu. Kalau makan dekat situ susah la sikit nak dapat seat, tambah-tambah lagi tengah hari. Nak senang, bungkus.

Ini kedai kopi. Popular dekat Kelantan. Tak silap aku 'kopitiam' ni buka lepas Isya' sampai tengah malam sikit-sikit. Popular dengan roti bakar dan half boiled eggs.

Yang ni aku makan yang cawangan dia. Yang original dekat dengan Sultan Ismail School(SIC) kalau tak silap. Nasi Kak Wok ni ada tiga empat cawangan rasanya area Kota Bharu ni.

Kalau nak list semua jadi panjang la post kali ni. Banyak lagi kedai makan yang korang boleh try kalau datang ke Kota Bharu ni. Contoh,

Dan banyak lagi. Kedai cangkung pun best, tapi kalau kira gak memang panjang gila la list. Kelantan kot, aku kt Nilai pun orang cakap Nasi Kandar Lawood tu best. Orang Kelantan buat beb. :)

Kepada pemilik blog yang mana aku guna link, harap maaf sebab tak sempat nak kasi penghargaan. Sekadar ucapan terima kasih kerana berkongsi pengalaman anda di blog. :)

Tuesday, July 5, 2011

Akan sampai satu tahap dalam hidup, kita terpaksa melakukan satu perubahan tak kira kecil atau besar bila sesuatu perkara berlaku. Tuhan kurnia kita akal untuk berfikir, pilih jalan yang terbaik. Usaha.


Orang tua-tua cakap, 'kita hanya mampu merancang, DIA yang menentukan'.

 

blogger templates | Make Money Online