Thursday, March 24, 2011

raining.

Dalam post kali ini, terlebih dahulu aku nak ucapkan tahniah kepada adik aku, Ahmad Faiz Safwan, dari Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir atau nama lamanya Sekolah Menengah Sains Seremban. 7A+ 2A 1B+. Biology dapat B+, memang torbaik. Jadi aku sarankan jangan gatai nak apply medic. Engineering ada, business ada, econs ada, pilot ada, diplomatic ada. Banyak lagi benda lain yang worth applying. Yang penting semua tu mestilah bergantung kepada minat dan kecenderungan terhadap bidang itu. Tahniah diucapkan walaupun sah sah adik aku frust gila dapat seekor B. Aku dulu pun macam tu bila dapat seekor B3 untuk EST dulu seterusnya menjadi pelajar tunggal yang tidak mendapat A bagi subjek EST. Epic.


Mengikut sumber aku, Datuk F, berikut merupakan kedudukan keputusan SPM 2010 bagi sekolah-sekolah menengah di bawah kerajaan pusat. MRSM Pengkalan Chepa muncul sebagai sekolah terbaik Malaysia di bawah kerajaan pusat dengan gps 0.8291 dan seperti biasa Kolej Yayasan Saad terus cemerlang dengan gps 0.66. Keputusan pecah punggung kata Dr Rozmey.

1.MRSM Pengkalan Chepa - 0.8291
2.SMS Tuanku Tunawir(SASER) - 0.8884
3.MRSM TUn Ghafar Baba(Jasin) - 0.914
4.MRSM Taiping - 0.97
5.SBP Integrasi Gombak - 1.1341
6.Kolej Islam Sultan Alam Shah(KISAS) - 1.145
7.Sekolah Tun Fatimah(STF) - 1.2837
8.MRSM Langkawi - 1.33
9.SBP Integrasi Rawang - 1.3408
10.SMS Alam Shah(ASIS) - 1.3495

Aku sebagai bekas pelajar MRSM Pengkalan Chepa 06/07 mengucapkan tahniah kepada junior-junior dan guru-guru di atas usaha gigih mereka. Sesungguhnya tanpa usaha, susah untuk seseorang berjaya. Syabas cikgu cikgi yang berusaha keras mendidik junior-junior. Tambah Datuk F lagi, MRSM Pengkalan Chepa mendapat 100% A dalam sembilan matapelajaran iaitu Matematik, Bahasa Melayu, Sejarah, Pendidikan Islam, English for Science and Technology, Rekacipta, Perakaunan, Tasawwuf, dan Pendidikan Seni Visual. Tahun aku pun patut dapat EST tu, cuma macam biasa la, mungkin pemadam aku tak berfungsi masa jawab multiple choice questions atau MCQ. Sampai tua Madam Zakiah tu ingat aku. Last time aku melawat MRSM Pengkalan Chepa is Hari Guru 2010. "Of course I remember you. Your mother was so worried about your EST. Nak buat macam mana, bukan rezeki you." Lebih kurang macam tu la dia cakap. Aku mampu sengih je. Maklumlah, results corot sikit sebab aku. Serious aku ingat lagi macam mana aku tau aku sorang tak dapat A for EST. Nak dijadikan cerita aku tengok keputusan overall EST dekat Cikgu Sapawi kalau tak silap aku sebelum ambil slip keputusan SPM. Tengok-tengok seekor orang tak dapat A untuk EST. Dalam hati aku "kalo aku budok ni, mapuh". Lepas tengok je slip aku, terus aku senyap tak cakap pasal budak tak dapat A untuk EST. Blah keluar dewan macam tu je.

Hari ni juga la lebih kurang 3tahun lepas aku cuak gila nak tengok results. Sejurus pulang dari Kem PLKN Tasoh, Perlis aku terus pulang ke kampung halamanku di Bachok, Kelantan. Maklumlah, time tu aku tinggal di Penang. Esok tu siap-siap nak pergi sekolah nak ambil results dengan hati yang macam nak luruh. Dapat je results, seingat aku, ayat yang first terdetik dekat hati aku "oh shit" sebab tak dapat 10A. Memang nak mencarut je rasa. Maklumlah, abang dapat 10A1, sah sah ada comparison bila jumpa saudara mara. Lepas tu macam biasa la, kena terima hakikat yang aku ni malas sikit. XD

Dan harini jugalah aku banyak tengok status dekat facebook kawan kawan aku cerita pasal zaman-zaman nak ambil results spm dulu. Tak kurang juga yang tukar profile picture kepada zaman sekolah. Status cikgu cikgi aku dekat MRSM pula dah dekat 200likes, nak sampai tahap Malaysiakini punya news dah. Macam-macam.

Bagi budak-budak yang pass with flying colors, boleh la apply typical scholarship iaitu JPA scholarship dan juga MARA scholarship. Ini kerana banyak lagi penajaan di Malaysia yang adik-adik manis sekalian boleh apply contohnya Petronas, Bank Negara, Khazanah, PNB, Telekom, Sime Darby and many more. Harap-harap salah satu tu jadi rezeki korang. :)
All the best.

Yours truthfully,
Datuk S.

Tuesday, March 22, 2011

quick update.

Reading Terminal Market, Philadelphia, PA.

Just a quick update.
I dont really have much time to update blog right now.
And I'm trying to find time to read blogs that I followed, especially those that updated their blog daily.
I read some but couldn't find the right words to comment.
Just got my law paper return, and its rubbish. Meaning, now I have two last chances to fix it.
Got business calculus quiz at 8 tomorrow, and more test coming.
Dan sedar tak sedar, I'm halfway through the semester already, April is coming.
Meaning I really have to work my ass off if I want to have good grades for this semester.

And I have a short conversation to share with you guys that I got from my friend's facebook status.

"A British man came to Sheikh and asked: Why is not permissible in Islam for women to shake hands with a man? The Sheikh said: Can you shake hands with Queen Elizabeth? British man said: Of course not, there are only certain people who can shake hands with Queen Elizabeth. Sheikh replied: our women are queens and queens do not shake hands with strange men"

InsyaAllah I'll try to find time to update this blog. :)

Sunday, March 13, 2011

Springbreak sikit lagi nak sampai penghujung.
Mr Michael Valenza hantar email cakap kelas cancel Isnin ni sebab ada firedrill waktu kelas.
So yeah, I have an extra one day holiday.
Springbreak ni aku tak pergi mana-mana. Saving duit sikit.
Biasa la, bila besar ni baru faham macam mana bila urus duit sendiri. Nak bayar itu, bayar ini.
Tu belum ada bini dengan anak-anak lagi tu. Susah, susah.

Okay, dua tiga hari ni dunia kalut dengan gempa bumi dekat Jepun(3/11/2011).
Gempa bumi tu juga mengakibatkan tsunami.
Gempa bumi tu dah kurang dah sikit rasanya mengikut laporan tapi aku kurang pasti sebab banyak sangat news. Tak sure exact time. Harap-harap begitulah.
Tapi yang aku blur dan memang betul tak tau adalah pasal nuclear reactor yang dia cakap tak dapat sustain suhu dia. Malaysiakini pula lapor kadar radiasi naik 1000kali ganda.
Dengar macam teruk juga tapi situasi sebenar aku kurang pasti. Tambah-tambah aku ni budak social science, kurang bijak pasal benda-benda geology, physics, chemistry ni.
Dan biasalah, bila negara yang mana students kita agak ramai, jadi hot la news tu. Students Malaysia dekat Jepun lebih kurang 2400.
Hot nya berita ni dekat Malaysia lebih kurang Egypt dulu rasanya cuma kali ni bencana alam, yang Egypt tu bencana manusia.
Kawan-kawan aku yang belajar di sana selamat rasanya mengikut status facebook yang di post mereka.
Dan pesawat MAS pun dah start beroperasi kembali dah mengikut status saudara aku yang melawat anaknya di Sendai sejak minggu lepas.
"Oredi checked in. Flight on schedule. will board at 0900 malaysian time. Sori cannot answer individually. Internet intermittent. Almost everyone try to be online."
Diharap rakyat Malaysia yang berada di Jepun dan rakyat Jepun yang terselamat berada dalam keadaan sihat dan selamat.
Sebab aku baca tadi tsunami, earthquake warning ada lagi hari ni, cuma kurang sikit compared to previous one.
Sama-samalah kita berdoa untuk keselamatan mereka.
Pray for Japan.

 

blogger templates | Make Money Online