Thursday, August 25, 2011

Second time.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hari ini,25th August 2011, lebih kurang pukul 4.45pm Malaysia time aku akan naik kapal ke KLIA before I board for flight to Heathrow London and then to JFK New York. Jarak perjalanan dari Kelantan ke New York kali ini kurang lebih 36jam, untuk sampai ke Philadelphia wallahualam.


Next year, jika diizinkin dan berkemampuan insyaAllah next year aku balik lagi Malaysia. Tahun ni memang tak dapat nak elak, kena raya lagi sekali dekat United States macam tahun lepas. Aku kira bernasib baik dapat balik this summer sebab ada certain yang nak balik tapi terpaksa tak balik sebab summer class dan sesetengah ada masalah with this and that. Harap bertabah.

Harap dapat improve diri, lebih berdisiplin, lebih rajin dan macam-macam lagi for this new semester and new year in States. Kalau ada salah silap aku mintak maaf banyak-banyak. Mintak halal makan minum, mintak halal ilmu, mintak maaf kalau ada buat salah silap. Kalau ada yang murah hati nak bagi duit raya boleh klik di sini untuk no akaun bank.

Doa aku baik-baik kat sana.
Wassalam.

Tuesday, August 23, 2011

Berpuasa

Assalamualaikum dan salam perpaduan.

Entry kali ni aku nak bercerita pasal puasa di Malaysia sikit compared to puasa di Philly. Last year aku fly ke Philly around 2 weeks before raya. So aku rasa la juga macam mana puasa di Philadelphia. Aku ulang, di Philadelphia. So, pengalaman aku mungkin berbeza dengan budak-budak di United States yang tinggal di kawasan lain.

1. Tarawikh:
Di Philly, aku rasa tarawikh tu ada tapi memandangkan rumah kami jauh sedikit dari masjid, keadaan tersebut membuatkan aku susah untuk ke masjid untuk bertarawikh. Tambahan, environment di Philly sedikit menakutkan berbanding di Malaysia pada waktu malam. So yeah, puasa kali ni alhamdulillah, hampir setiap hari dapat bertarawikh di masjid, most of the time pergi dengan family.

2. Sahur:
Di Philly, aku rasa aku jarang-jarang bersahur. Bukan apa, sebab hidup sendiri jadi malas itu sangat banyak datang. Bersahur ni bagus. Sabda baginda Rasulullah SAW:
"Bersahurlah kamu semua kerana sesungguhnya pada waktu makan sahur itu terdapat keberkatan." Hadis riwayat al-Bukhari.

3. Makan/Berbuka:
Aku rasa dari segi makan, aku lebih prefer Philly kalau berbuka cara yang betul. Makan sedikit sekadar kenyang atau sedang sedang perut. Kalau dekat Malaysia, masyaAllah, makan sampai bloated. Pergi bazaar ramadhan? Paling-paling sikit pun habis dalam RM30 tiap-tiap kali pergi sana.


4. Berjemaah(tadi tarawikh sahaja):
Aku rasa aku prefer sembahyang berjemaah di Philly. Sebab berjemaah dekat masjid sana rasa macam rapat sikit. Rasa lain macam. Bila sembahyang pun rasa macam kukuh sebab saf cukup-cukup, muat muat, rapat-rapat. Kalau dekat Malaysia, ramai gila bukak kangkang luas-luas bila sembahyang. Saf yang boleh muat 10 orang pun boleh jadi muat 6 orang. Kalau kangkang buka luas kekal tak kisah sangat. Ini dari 2tiles jadi 1tile or 1 setengah tiles. Kurang umphh sikit.

5. Sembahyang raya:
Sorry meleret sampai raya sikit. Hari Raya last year di Philly aku ada kelas tapi sekejap sahaja, sempat untuk sembahyang raya sebenarnya. Last year aku memang niat nak pergi sembahyang raya. Dah cari masjid dengan Wan tapi macam mana aku pun tak tau tak jumpa masjid. Instead, jalan the opposite way and last sekali declare silap jalan. Last last balik rumah. Raya dekat Malaysia mungkin lain sikit sebab most of the family ada pagi raya. Dengan kuih muih raya. Dekat Philly makan ala kadar sahaja raya. Last year batchmates ada la buat makan sikit. Apa pun syukur.

Setakat itu sahaja sedikit sebanyak beza yang boleh aku fikir.
Yang penting semoga kita dapat beribadat dengan sempurna dan selesa.
Selamat menjalani ibadah puasa. :)

Tuesday, August 16, 2011

5 Years Plan

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia.


Aku pasti korang semua ada obsesi, minat, kegemaran tentang sesuatu benda. Ada yang suka menulis, ada suka game consoles, DSLR, board games dan lain-lain. Shopping juga aku boleh klasifikasikan sebagai minat sebab ada sesetengah orang dia suka shopping tak kira barang apa yang dibelinya. Mostly, lelaki akan minat supercars atau tak kurang superbikes. Aku bagi contoh video bawah ni.


Mana tak terliur kan. Tapi nak beli? Tak mustahil tapi kena kerja kuat sikit.
Dah umur 21 aku terfikir. Which one to prioritize first?

Yang pasti kita akan prioritize belajar. InsyaAllah in 2years I'll be completing my degree.
Semasa belajar pun kita dah kena tahu mana yang kita perlu dahulukan. Kalau tak memang susah la sikit hidup kita dan mungkin hidup orang lain.
Kenapa aku cakap hidup orang lain? Sebab ada sesetengah remaja sekarang terlalu minat benda and spend his dollars on that thing without thinking the consequences of him doing that thing.

Aku bagi contoh, dia minat superbikes tapi tak cukup duit nak beli. Maybe dia ada half of the money to pay for it. Tapi sebab minat dia rela pinjam duit kawan-kawan atau mungkin ibu bapa untuk membiayai minat dia. Itu baru bab beli. Belum kira maintenance, minyak and so on. Bagi yang tau planning its ok, masalah dia bagi yang tak tau. Ada certain tu gadai balik motor tu sebab tak mampu nak tanggung lepas tu. Sangat la rugi.

Sebab tu la planning amatlah penting dalam buat satu-satu benda. Budget kena betul, timing kena betul, prioritize which comes first dan lain-lain lagi aspek. Aku pun tak tau lagi nasib aku bila graduate(insyaAllah). Aku tengok rata-rata starting around RM3500-3800 kalau kerja private kalau dengar-dengar cerita budak-budak yang dah graduate. Kalau masuk government sector, faham-faham la kan. Kalau dah kerja nanti lagi la banyak nak kena consider. Kalau parents tolong bagai tu aku tak nak komen la.

Aku harap manusia golongan umur aku atau lebih baik yang muda dari aku dah berfikir tentang masa depan dia. Maklumlah, kita hidup dalam dunia yang penuh dengan competition sekarang. Masa depan mungkin tak seperti yang kita jangka. Tak begitu?

Jadi, rancang masa depan awal-awal supaya kita ada backup plan of what to do next if our plan A could not succeed. Semua nak hidup senang kan. :)

*lepas baca tekan play lagu ni, semangat sikit*


Friday, August 5, 2011

Ramadan 1432


Hari ke 4 Ramadan.


Ramadan adalah bulan yang penuh dengan keberkatan.
Isilah masa di bulan ini dengan sebaiknya.
Ingatan tulus ikhlas.

*Kurang 20hari lagi di rumah. Mood cuak.*

 

blogger templates | Make Money Online