Saturday, December 17, 2011

Kindness

Kalau nak buat baik jangan hesitate atau malu nak buat.
Tapi kalau nak buat jahat beringat-ingat. Siapa tahu mati ketika melakukan dosa. Nauzubillah.





Monday, December 12, 2011

Kampung

Aku tak nak cakap pasal Sembang Rakyat: Lagi Hudud PAS, since ramai dah discuss dekat Facebook and blogs.

Status Facebook pilihan aku kali ini from a friend of mine, Fathiah Athirah.

Penonton bola sepak kami di kecam kerana ganas, kami faham. Team bola sepak kami diboo kalau kalah, even kalau menang pon, kami masih faham. Air kami dikatakan punca segala yang tak elok, ya kami masih cuba untuk faham. Tapi kami memang tak faham, memang takboleh tahan, andai agama, ulama, tokguru kami dipermainkan sebegitu, negeri kami dihina serendah itu. Ini agama kami yang kami amalkan, pemimpin kami yang kami hormati, negeri kami tempat kami membesar.

So, for this post aku nak share a video on Kelantan.


Sunday, December 11, 2011

Masterpiece

This is how you show off you taste. Bentley.

Cool Hunting Video Presents: Bentley from Cool Hunting on Vimeo.






*I'm not into sportscars/supercars much, I prefer a more relaxed one.
I'll choose Harley over a superbike too.*

Entry di minggu exam.

Monday, December 5, 2011

Esok Isnin

So lately banyak sgt berita PAU atau nama penuh dia Perhimpunan Agung UMNO. Thank god its over. Bukan apa, liputan meluas sangat sampai tenggelam berita-berita yang sepatutnya jadi best.

Aku tak baca sangat berita dekat States sebab banyak sangat. Satu sebab susah nak faham. Satu lagi sebab negara besar sangat. Dah jadi macam Sarawak ada berita sendiri.
But I do read news on economics and certain 'hot' issues here.
Politik dekat sini aku tak sangat, tapi Republican debate most of the time aku akan tengok video dia secara live or kalau tak sempat dekat mana lagi bukan YouTube.
System kat sini lain sikit compared to Malaysia, so tendancy untuk aku ikut satu-satu issue tu lambat sikit.
Macam aku belajar pasal Obamacare dalam kelas Risk Management Insurance, sepatah haram tak faham dengar first-first. Kena balik, bukak laptop tanya Lord Google dulu baru dapat clear view of what my lecturer had said.

Honestly, hidup di negara luar realitinya tak macam yang kita dengar. Yes, there are certain things yang dekat sini lebih baik dari negara kita tetapi harus kita ingat ada juga keburukannya. Pengalaman banyak mengajar kita.
Bagi aku, yang baik kita bawa pulang ke negara kita, yang tak baik bukan kita tak ambil terus tapi kita nilai di mana silapnya dan kita fikirkan cara untuk atasinya.

Aku cuma nak ingatkan, jangan terlalu taksub dengan sesuatu benda. Kita ada akal fikiran. Cuba fikir dengan mendalam satu-satu benda itu. Jangan main ambil terus apa yang kita dengar sebab apa yang kita dengar tak semestinya betul. Cari sumber dia, rajin-rajinkan buat research sedikit. Sekarang bukan zaman batu, sekarang zaman teknologi.

Final exams pun dah dekat. So aku nak ucapkan selamat maju jaya dalam exam masing-masing. Semoga dapat results yang baik-baik. Jangan lupa dekat Tuhan kita busy-busy nak exam pun. Dan kalau dapat kesenangan/results baik jangan lupa ucap syukur dekat Dia. Jangan bila susah saja kita cari Dia.

Sekian, wassalam.


 

blogger templates | Make Money Online