Friday, April 20, 2012
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Aku mungkin agak ketinggalan dalam menulis isu yang agak hangat dibahas dan dibincangkan sekarang iaitu PTPTN.
Secara jujurnya aku tidak tahu samada aku layak atau pun mampu untuk menyuarakan pendapat aku mengenai isi ini kerana aku tidak merasa apa yang peminjam-peminjam PTPTN rasai.
Aku tidak mahu bercakap panjang mengenai isu ini. Cukuplah sekadar highlight terhadap beberapa isu penting.
Mansuh PTPTN? Free education?
Dua isu ini adalah isu yang berbeza. Jangan salah faham.
Mansuh/Tidak?
Aku merasakan belum sampai masa untuk mansuhkan PTPTN. Bukan kerana perkara itu mustahil tetapi lebih kepada keadaan semasa negara kita. Keadaan negara kita agak tenat aku boleh katakan dengan jumlah hutang negara meningkat kepada RM378b mengikuat data Bank Negara. Oleh itu aku kira dengan keadaan kita yang agak tidak stabil, sekarang bukanlah masa yang sesuai untuk memansuhkan PTPTN.
Riba?
Aku rasa isu riba agak pening bila difikirkan. Ini kerana banyak lagi riba dalam sistem kewangan pada masa sekarang terutamanya dalam membuat pinjaman untuk membeli kereta. Jadi, jika kita sanggup meminjam duit banyak untuk membeli kenderaan yang agak selesa dan mewah, mengapa kita tidak rela berkorban untuk menabung untuk pendidikan? Aku tidak bersetuju dengan faedah yang dikenakan oleh PTPTN, jadi aku rasa perkara itu patut dikaji semula kerana perkara itu agak membebankan rakyat aku kira.
Hutang perlu dibayar
Mengikut apa yang aku belajar, hutang perlu dibayar. Rakyat tidak dipaksa untuk meminjam PTPTN. Semua baca syarat-syarat pinjaman bukan? Jadi mengapa merusuh sesudah tandatangan? Di US, rata-rata pelajar di sini buat part-time untuk tanggung college education mereka. They learn the hard way of earning money. Aku yang tidak bekerja pun kadang-kadang rasa terlalu banyak homeworks dan assignments yang aku perlu siapkan, apatah lagi mereka yang bekerja. Aku dengar banyak students kita dpt PTPTN belanja awek sana sini, makan nak up up, betul ke?
You get what you paid for
Ini bukanlah isu yang agak penting atau kritikal untuk dicakapkan. Aku merasakan ada betulnya dengan ayat itu. Aku bukanlah salah seorang peminjam PTPTN. Aku berusaha belajar untuk mendapat biasiswa. Akku merasakan banyak masa sekolah menengah aku habiskan dengan belajar untuk mendapat apa yang PTPTN nampak sebagai "free" aku kira. Mereka tidak nampak mungkin bagaimana masa suka gembira mereka aku tukarkan dengan belajar untuk berada di tempat sekarang.
Demo/Berhimpun/Dataran Merdeka/Rights?
Aku secara jujurnya tidak melarang sama sekali untuk mereka berhimpun, berdemo, atau berkhemah di Dataran Merdeka. Cuma aku tertanya-tanya, IPTA cuti sekarang? Untuk siapa mereka berjuang sebenarnya? Sekiranya mereka yang di bawah pinjaman PTPTN berjaya mendapat first class honor lah yang berhimpun di Dataran Merdeka, tabik aku kepada mereka. Betapa mereka sanggup berjuang untuk rakan-rakan mereka yang lain kerana mereka yang mendapat first class honor boleh mendapat pengecualian dari memebayar balik pinjaman mengikut rujukan aku di website PTPTN. Tapi, jika mereka yang berhimpun itu mendapat keputusan yang ala kadar boleh kita kira, alangkah sedihnya jika betul. Betapa masa yang sepatutnya mereka gunakan untuk menaikkan CGPA mereka dan bebas dari PTPTN digunakan untuk berhimpun dan berdemo untuk sesuatu yang tidak pasti. Bukan untuk mematahkan semangat, tetapi seringkali aku dengar, untuk mengubah sesuatu, ubahlah diri kita dulu.
Kesimpulan
Tidak ada apa yang aku hendak simpulkan. Cumalah persoalan yang aku fikir dapat difikirkan dengan lebih mendalam lagi. Jika ada sesuatu yang hendak diutarakan atau ditambah atau dibangkang aku dengan rela hati menerimanya. Aku berharap Malaysia akan terus maju dan membangun walaupun ada isu-isu yang sensasi seperti ini. Dan menunggu dengan excited debat antara KJ dan Rafizi Ramli soon.
Sekian, wsalam.

Cheese cakes beli dengan duit biasiswa. Mohan maaf. Saya lapar.

Subscribe to:
Posts (Atom)