Friday, December 21, 2012

Malaysia. Siapa tak sayang negara sendiri.
Aku sayang Malaysia, tanah tempat aku lahir, membesar.
Alhamdulillah, syukur, aku hidup di negara yang aman berbanding sesetengah negara.

Introduction slide, Global Strategic Management, Fall 2012

Lately, banyak berita yang memaparkan benda buruk mengenai Malaysia.
Corruption, undemocratic, unfair judgement, scandals.
Banyak aku baca rungutan dari kawan-kawan terutamanya overseas students yang bercakap mengenai berita seperti ini.
Yes, aku setuju dan aku malu dengan benda buruk yang berita-berita laporkan.
Aku tak nafikan some of those things do happened.
Yang benda baik pernah kau share? Pernah kau bangga?
Tapi yang aku jarang aku baca bila benda buruk keluar, the solutions to the problems. Apa yang kita patut buat selain merungut dan menulis sinis tentang apa yang berlaku?
Mana healthy discussion towards those problems?
Ideas, thoughts, on how to change/repair the problems rather than just complaints.
Ya, aku tau negara kita mungkin tidak se-democratic America, tidak semaju Jepun.
Tapi at least cuba cakap, utarakan, apa yang ko rasa gov/agency patut buat untuk betulkan keadaan tu.
Gov scholars? Gov servants? Yes, maybe kita takut utarakan pendapat sebab kita maybe tergolong dalam golongan itu.
Aku rasa takut itu cuma 1% sebab yang menghalang kita untuk bagi idea, most of the percentage goes to expression/suggestions kita yang emotional dan salah towards that problems.
Example:
SPRM mungkin akan lebih adil dengan melantik bla3.....
Instead of, SPRM ni barua bla3, patut la berat sebelah sebab lantik kroni bla3...

Aku rasa beza kalau compared dua tu cara penyampaiannya. Improving vs blaming. Tujuan mungkin sama tapi cara kita channel kan benda tu mungkin salah. Jadi, akibatnya, kita rugi/kehilangan pendapat yang mungkin baik. Kalau takut buat account lain, anonymous. Doesn't matter. Janji idea sampai. Tapi jangan la pulak guna account untuk hentam, caci orang.

So yeah, harap kita semua ada satu tujuan yang sama, to develop our nation. Bukan untuk tujuan peribadi atau salahkan sesiapa. Kalau kita ada idea bagus, apa salahnya kalau kita share, tak perlu tunggu untuk tukar gov or whatsoever dulu. Guna apa jua channel yang dapat kita capai. YouTube, Twitter, Facebook, etc. Sekarang zaman IT, bukan lagi zaman polis seluar pendek. Tak perlu takut orang guna idea kita jika untuk kebaikan bersama. Orang akan tahu siapa yang bagi ideas dan pendapat dahulu. Gov nak terima atau tidak its up to them. At least we did something.

Di sini juga aku nak menyeru kawan-kawan yang dah cukup umur untuk daftar dan harap pergi mengundi nanti. Untuk pengetahuan, parlimen akan bubar secara automatic on April 24 2013 kalau gov masih tak bubar untuk PRU13. Undilah apa yang korang rasa yakin. Tak kisah orang nak cakap salah atau tidak kalau kau rasa pertimbangan kau betul. Kita sedang belajar. All the best, Malaysia, Malaysian, tanah tumpah darahku. Blood, sweat, honor.



Aku dah jadi pengundi sah since August 2012 tapi tak sempat nak tukar untuk mengundi di US. Hampeh

Thursday, December 20, 2012

Post post-exam

Alhamdulillah, Fall 2012 semester is over. Cuti!

Syukur, semua subject okay. Another semester to go insyaAllah.
My last update was like a month ago.
Sekarang aku jarang menulis. Mainly sebab aku rasa ilmu aku tak cukup lagi, and sometimes aku rasa idea atau pemahaman aku towards something tu macam mengarut.
Plus, aku malas nak google benda lately. Harap winter break ni aku banyak masa untuk reflect balik benda yang aku tengok, baca, dan share di blog ni. InsyaAllah.


 

blogger templates | Make Money Online