Monday, October 11, 2010

Long Gone and Move On

Cilok from iluvislam.com


Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini.

Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah.

Kita juga selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah dihati kita, alangkah bahagianya orang itu.

Hakikatnya, apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah, kita ditimpa pelbagai karenah.

Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh dihadapan.

Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang motosikal itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju.

Padahal si penunggang motosikal sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan.

10 Comments:

  1. yuhanis said...
    ape ni cilok2.
    hahaa but its nicely put! *insaf
    Anonymous said...
    and lagi satu sememangnye manusia tak pernah nak bersyukur dgn ape yang die ade
    sbg contoh, skang ni cuace terlalu sejuk, kite sebok2 nak panas, sdgkan kalau dulu kat Malaysia, menyumpah2 kite dkat panas. Astaghfirullahalazim...
    Anonymous said...
    kereta mewah? wht kereta mewah?
    i only want a juara. haha. no, seriously said, yes, i want a juara.
    syahmi said...
    >anney
    aku post nak suruh hang insaf la. hahaha.

    >alyaa
    betul2. tapi cuaca tu aku tak complain la. hahaha. ko je kot. :D

    >husna
    good good. lagi bagus datsun yg lama, bak kata org kg aku datsun buoh ulu. nampak zuhud sikit.
    Encik Anif said...
    Ada benarnya "entry" ini :) Ada yang terkena tepat pada batang hidung! Usih.. Mendalam tu.
    syahmi said...
    >anif
    siapakah yang kne btg hidung tu?
    hahaha.
    hanis jenon said...
    dancin in the moonlight..best lagu tu. pnah trdengar dlm satu movie=)
    syahmi said...
    >jenon
    aku pn tak tau ade lagu tu dlm movie. tapi org ckp dlm movie a walk to remember.
    hanis jenon said...
    ohh. muvie ak tgok tu yg laen. four lions. cite lawak terrorist. haha.
    Emmet Muhamad said...
    bagus

Post a Comment



 

blogger templates | Make Money Online