Sunday, October 30, 2011
Dua tiga hari lepas, aku ke 7Eleven di universiti aku untuk refill coffee. Normally aku akan ambil hot coffee sebab refill ni bentuk dia lebih kurang sama dengan bekas untuk hot coffee tapi hari tu aku ambil mocha, the cold one sebab dah lama tak minum sejuk sejuk. Dekat tempat ambil coffee tu tertulis refill 1.72usd if I'm not mistaken. So yeah I knew the price is 1.72usd. So I fill up my coffee and head to the counter.
Bila sampai je dekat counter tu, mamat cashier tu punch the coffee for 0.89usd. I was like betul ke 0.89usd ni dalam hati. Lepas tu dalam hati aku macam "Nevermind, the cashier punch the number, not me, so I was like it should be correct then". Lepas tu aku swipe la debit card untuk bayar. Then I got my receipt. Keluar je aku tengok dekat receipt tu tulis hot beverage instead of cold beverage. Dah rasa bersalah dah sikit tapi aku buat buat macam okay la kot dah cashier tu tekan macam tu.
I head to Tech Center then to do some works. Lepas buat je keje dekat Tech Center tu aku rasa macam nak baca sikit before class start, some more I have test the next day untuk satu subject ni. Bukak je buku baca sikit teringat air tadi. Buat tak peduli. Baca lagi. Teringat lagi. Tak tenang. Betul tak tenang. Lepas tu asyik fikir lama lama I then decided to go to 7Eleven again to buy the same ice coffee but I only refill 1/5 of the refill cup so hoping that it will cover the cost of ice coffee that I bought earlier. So aku isi 1/5 and head to the counter.
Masa nak bayar tu minah cashier tu punch ice coffee for the same amount that mamat cashier tu punch, 0.89usd and she punched it for hot bevarage too. So I told her since aku tengok harga dekat machine untuk isi coffee tu written 1.72usd "I took the cold beverage, not hot beverage.". Dia pun jawab "Hot or cold its still a refill, 0.89usd". So aku tanya balik "You sure?" Dia jawab "Yeap"
Lepas tu aku pun swipe card with 1/5 refill. Tapi dengan rasa phewwww. Lega dude. Mana tak, rasa macam makan harga 7Eleven retails tadi bila bayar macam tak cukup. Aku terfikir, macam mana la agaknya rasa perasuah, orang yang makan harta orang lain, pencopek, peragut. Beza 1usd lebih aku dah rasa tak sedap semacam hati. Mintak jauh dari benda-benda macam tu bila aku dah kerja nanti. Lain kali kalau aku rasa orang mana silap buat kena tanya terus. Tak boleh buat macam ni lagi.
Muhasabah diri.
“Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang batil dan (janganlah) kamu membawa (urusan) harta itu kepada hakim, supaya kamu dapat memakan sebahagian daripada harta benda orang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui.” (Al-Baqarah: 188)
2 Comments:
-
- N D Z said...
October 31, 2011 at 10:15 AMnice conclusion :)- syahmi said...
November 11, 2011 at 10:26 AMNDZ: Thanks Nadh. :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)