Thursday, June 14, 2012

Salam 1Malaysia.

Setelah hampir sebulan tak update blog, barulah aku rasa macam nak menulis balik. Tambah-tambah, blog aku bukannya ada orang baca. Dan sekarang ada satu akta yang agak ridiculous which is the Evidence Act. Silap haribulan kena saman aku kalau tulis benda bukan-bukan. Semalam aku dah buat post pasal Malaysia Airlines tapi aku delete balik and nak tulis balik sebab aku rasa isi aku agak tidak membantu. So kali ini aku rasa aku dah draftkan sikit supaya nampak lebih elok. Apa yang aku nak tulis ini bukan kritikan tapi lebih kepada pandangan aku pasal Malaysia Airlines atau cetain orang sebut MAS. Aku pun bukan selalu sangat nak flight, yang pernah naik cuma MAS, AirAsia, Firefly(MAS gak), Saudi Airlines, American Airlines, British Airways, dan yang latest Emirates.

Management
Aku rasa management Malaysian Airlines sedikit tidak consistent dalam beberapa tahun kebelakangan. Selepas Datuk Seri Idris Jala ke Jabatan Perdana Menteri, Managing Director MAS sudah dua kali betukar tangan. The first one is Datuk Seri Tengku Azmil and the current one is Ahmad Jauhari Yahya. Dan dalam dua tiga hari lepas, their top officer, Mohammed Rashdan(Deputy Group CEO) pula yang resign. Pendapat aku, MD kena la lama sikit berada di MAS. Sebab perubahan tu kadang-kadang kita tak dapat tengok dalam jangkamasa yang pendek. Even Tan Sri Musa Hassan pun disambung kontrak dia 2tahun sewaktu dia jadi IGP dulu sebab nak pastikan certain dasar yang dia buat tu dapat dilaksanakan. Itu cuma pendapat marhaen aku yang belum ada degree pun lagi ni. Maybe corporate world kena cepat sikit tukar-tukar leader, who knows.

Music
Ini bukan masalah besar, cuma aku saja nak cakap music klasik yang MAS play time nak take off atau landing agak boring. Excitement kurang. Kalau boleh ubah la music Malaysian yang rancak sedikit. Rebranding. Bila dengar music yang Emirates play rasa macam excited nak experience Emirates.

Makan
Aku tak fussy sangat sebenarnya pasal makan. So far aku rasa Emirates pun boleh tahan juga makanan dia. From Dubai to Kuala Lumpur last month, the meal I had was nasi lemak. So yeah, Emirates pun ada local cuisine juga cuma with MAS I would say I feel closer to home. Worst is British Airways. The muslim food is awful during my flight back and forth from JFK to Heathrow. Emirates punya in flight dining was good. Dia bagi cutleries besi, which is good. Aku rasa senang gila bila makan dengan cutleries besi ni, tambah2 bila ada daging yang susah sikit nak potong. Kalau yang plastik, mau nak patah sudu garfu tu nanti.

A380
A good move by MAS I can say to have bought that plane. Aku berpeluang naik A380 from JFK to Dubai last month by Emirates. It was a cool place. Superb interior, superb in flight entertainment! Aku ada baca few blogs yang cerita experience mereka on board Malaysian Airlines A380. Malaysia Airlines A380 Joyride katanya. 3hours flight. Dari gambar-gambar yang aku tengok, interior dia cantik. In flight entertainment pun mesti la hebat gak. Flight baru la katakan. Tapi ada juga aku baca certain blogger yang komen pasal Joyride tu, terutamanya makanan yang disediakan. And I have to agree with him. Kurang menarik sikit penyediaannya terutamanya untuk penerbangan "promotion" seperti itu. Sepatutnya MAS sediakan makanan yang okay la sikit aku rasa. Maklumlah, nak bagi introduction flight baru dekat orang ramai, especially bloggers dan juga wartawan. Malaysia Airlines mesti nak orang tulis benda baik-baik kan?

Star Alliance
MAS sedikit lambat masuk Star Alliance. Mungkin by the end of this year baru fully a member of Star Alliance. So aku rasa part ni paling rugi. Aku pun baru gak tau MAS ni bukan member Star Alliance bila nak balik ke Malaysia for summer this year. Niat di hati nak redeem enrich miles dengan naik Emirates. Rupanya bukan sedara pun. Hampeh.

Ticket price?
Aku rasa yang ticket price MAS ni agak mahal la. Kata salah seorang yang komen pasal MAS, "Bukan aku tak nak tolang MAS, tapi aku nak beli ticket MAS pun tak mampu". Yeah, agak mahal sedikit ticket MAS berbanding AirAsia. Aku rasa yang lebih MAS compared to AirAsia domestically ; mango/apple juice, salted peanuts, aerobridge. Dan itulah yang buat surcharge and insurance MAS mahal nak mampus compared to AirAsia. Nak kurangkan? Aku tak reti sangat nak cakap pasal airlines business, cuma kalau boleh listkan harga ticket macam yang AirAsia buat sekarang. Listkan as total price terus. Ini sebab contoh tadi aku try tengok price tickets AirAsia dengan MAS. Same route and masa lebih kurang. For AirAsia, they listed it at RM92 which is also the final amount bila ko checkout nanti. Tapi MAS the listed it at RM69. Tapi bila nak checkout ko isi itu ini, their final amount is RM127. Hampeh. Dan aku rasa benda camni la yang buatkan passanger rasa tak nak bukak pun website MAS untuk tengok harga ticket though sometimes price dia dengan AirAsia lebih kurang sama or even lagi murah! Sebab bila customer dah experience nak checkout MAS kena tambah itu ini yang buat ticket price jadi mahal, their next trip nanti mereka mungkin akan ignore terus untuk check harga mana yang lebih murah. So, bila cakap je dengan society, "AirAsia lagi murah" and they will go direct to AirAsia without doubt MAS mungkin murah. So, AirAsia is winning here.

Emirates, A380, JFK-Dubai

Aku rasa setakat ini la dulu post aku. Aku pun bukan sapa-sapa pun. Degree pun tak tau lagi macam mana. Aku harap Malaysian Airlines untung tahun ni dan tak rugi RM2.524b macam last year. Penat goverment Malaysia nak tanggung.

Sekian, wassalam.

 

blogger templates | Make Money Online