Saturday, December 17, 2011

Kindness

Kalau nak buat baik jangan hesitate atau malu nak buat.
Tapi kalau nak buat jahat beringat-ingat. Siapa tahu mati ketika melakukan dosa. Nauzubillah.





Monday, December 12, 2011

Kampung

Aku tak nak cakap pasal Sembang Rakyat: Lagi Hudud PAS, since ramai dah discuss dekat Facebook and blogs.

Status Facebook pilihan aku kali ini from a friend of mine, Fathiah Athirah.

Penonton bola sepak kami di kecam kerana ganas, kami faham. Team bola sepak kami diboo kalau kalah, even kalau menang pon, kami masih faham. Air kami dikatakan punca segala yang tak elok, ya kami masih cuba untuk faham. Tapi kami memang tak faham, memang takboleh tahan, andai agama, ulama, tokguru kami dipermainkan sebegitu, negeri kami dihina serendah itu. Ini agama kami yang kami amalkan, pemimpin kami yang kami hormati, negeri kami tempat kami membesar.

So, for this post aku nak share a video on Kelantan.


Sunday, December 11, 2011

Masterpiece

This is how you show off you taste. Bentley.

Cool Hunting Video Presents: Bentley from Cool Hunting on Vimeo.






*I'm not into sportscars/supercars much, I prefer a more relaxed one.
I'll choose Harley over a superbike too.*

Entry di minggu exam.

Monday, December 5, 2011

Esok Isnin

So lately banyak sgt berita PAU atau nama penuh dia Perhimpunan Agung UMNO. Thank god its over. Bukan apa, liputan meluas sangat sampai tenggelam berita-berita yang sepatutnya jadi best.

Aku tak baca sangat berita dekat States sebab banyak sangat. Satu sebab susah nak faham. Satu lagi sebab negara besar sangat. Dah jadi macam Sarawak ada berita sendiri.
But I do read news on economics and certain 'hot' issues here.
Politik dekat sini aku tak sangat, tapi Republican debate most of the time aku akan tengok video dia secara live or kalau tak sempat dekat mana lagi bukan YouTube.
System kat sini lain sikit compared to Malaysia, so tendancy untuk aku ikut satu-satu issue tu lambat sikit.
Macam aku belajar pasal Obamacare dalam kelas Risk Management Insurance, sepatah haram tak faham dengar first-first. Kena balik, bukak laptop tanya Lord Google dulu baru dapat clear view of what my lecturer had said.

Honestly, hidup di negara luar realitinya tak macam yang kita dengar. Yes, there are certain things yang dekat sini lebih baik dari negara kita tetapi harus kita ingat ada juga keburukannya. Pengalaman banyak mengajar kita.
Bagi aku, yang baik kita bawa pulang ke negara kita, yang tak baik bukan kita tak ambil terus tapi kita nilai di mana silapnya dan kita fikirkan cara untuk atasinya.

Aku cuma nak ingatkan, jangan terlalu taksub dengan sesuatu benda. Kita ada akal fikiran. Cuba fikir dengan mendalam satu-satu benda itu. Jangan main ambil terus apa yang kita dengar sebab apa yang kita dengar tak semestinya betul. Cari sumber dia, rajin-rajinkan buat research sedikit. Sekarang bukan zaman batu, sekarang zaman teknologi.

Final exams pun dah dekat. So aku nak ucapkan selamat maju jaya dalam exam masing-masing. Semoga dapat results yang baik-baik. Jangan lupa dekat Tuhan kita busy-busy nak exam pun. Dan kalau dapat kesenangan/results baik jangan lupa ucap syukur dekat Dia. Jangan bila susah saja kita cari Dia.

Sekian, wassalam.


Saturday, November 26, 2011

Thanksgiving


Assalamualaikum.
In the middle of Thanksgiving break from Wednesday this week till Sunday.
Sama macam tahun lepas, agenda dia lebih kurang sama which dinner at Uncle Riu's house on the night of Thanksgiving. Lepas tu go to outlets for shopping. Prinsip aku makan mesti take part, shopping is optional.


So, terima kasih kepada host Thanksgiving ; Uncle Riu & Auntie Naomi. Tak lupa juga kepada mana mana rumah atau keluarga yang bawak varieties of foods so that kami boleh rasa sikit. At least dapat juga makan makanan yang bau-bau Malaysia macam mee kari, popia, karipap, mee goreng. Tak lupa juga juadah yang berbau western.


Thanksgiving = Black Friday. So berbelanja la dengan berhemah. Beli banyak takpa tapi gunalah. Jangan beli sikit tapi tak guna.


Dan selamat menyambut tahun baru Islam. Semoga hari esok lebih baik dari hari ini.

Senyum, tak perlu kata apa-apa. :)

Friday, November 11, 2011

Pagi yang murni dan mulia tadi I took a test, risk management insurance subject to be exact.

Before test, aku rasa dah start awal baca compared to test 1. I think this time my effort doubled the first test.
Tapi bila jawab tadi Tuhan saja yang tau macam mana rasa. Rasa macam tak tau jawab apa. Gelap masa depan.
Dah la yang salah tu memang confirm marks dia berpuluh-puluh. Dah step 1 salah, confirm-confirm step 2, 3, 4, 5 and so on salah kering-kering. Its like:
a)1+1=
b)Ans a -9=
c)Ans b x3=
d)Ans c -45

Kalau dah 1+1 dah silap jawab 3 memang confident la d tu terang-terang salah.
Rasa memang confirm akan repeat subject ni for the next semester. Worse, CGPA confirm tarik gila-gila. No doubt. Tapi ingat banyak-banyak kali pun tak guna, dah jawab pun test tu. Dah hantar pun dekat lecturer. The least I can do now is try my best to make sure my CGPA is still above the cut off point. Orang hantar jauh-jauh takkan nak belajar separuh-separuh je kan.

Dulu dekat INTI first semester dah pernah dapat dah markah corot. Tapi itu dekat INTI, first semester. Ini here in US, a year and a half to graduate (insyaAllah) jadi pulak benda macam ni. Nasib baik its not a prerequisite subject for another subject I guess. Kalau kena repeat pun I'm hoping xdelah effect sangat plan for other subjects.

Have to fix other subjects untuk reduce impact results teruk this semester.
Will use old skool method of studying perhaps for the time being.

Sunday, October 30, 2011

Of mocha

Dua tiga hari lepas, aku ke 7Eleven di universiti aku untuk refill coffee. Normally aku akan ambil hot coffee sebab refill ni bentuk dia lebih kurang sama dengan bekas untuk hot coffee tapi hari tu aku ambil mocha, the cold one sebab dah lama tak minum sejuk sejuk. Dekat tempat ambil coffee tu tertulis refill 1.72usd if I'm not mistaken. So yeah I knew the price is 1.72usd. So I fill up my coffee and head to the counter.


Bila sampai je dekat counter tu, mamat cashier tu punch the coffee for 0.89usd. I was like betul ke 0.89usd ni dalam hati. Lepas tu dalam hati aku macam "Nevermind, the cashier punch the number, not me, so I was like it should be correct then". Lepas tu aku swipe la debit card untuk bayar. Then I got my receipt. Keluar je aku tengok dekat receipt tu tulis hot beverage instead of cold beverage. Dah rasa bersalah dah sikit tapi aku buat buat macam okay la kot dah cashier tu tekan macam tu.

I head to Tech Center then to do some works. Lepas buat je keje dekat Tech Center tu aku rasa macam nak baca sikit before class start, some more I have test the next day untuk satu subject ni. Bukak je buku baca sikit teringat air tadi. Buat tak peduli. Baca lagi. Teringat lagi. Tak tenang. Betul tak tenang. Lepas tu asyik fikir lama lama I then decided to go to 7Eleven again to buy the same ice coffee but I only refill 1/5 of the refill cup so hoping that it will cover the cost of ice coffee that I bought earlier. So aku isi 1/5 and head to the counter.

Masa nak bayar tu minah cashier tu punch ice coffee for the same amount that mamat cashier tu punch, 0.89usd and she punched it for hot bevarage too. So I told her since aku tengok harga dekat machine untuk isi coffee tu written 1.72usd "I took the cold beverage, not hot beverage.". Dia pun jawab "Hot or cold its still a refill, 0.89usd". So aku tanya balik "You sure?" Dia jawab "Yeap"

Lepas tu aku pun swipe card with 1/5 refill. Tapi dengan rasa phewwww. Lega dude. Mana tak, rasa macam makan harga 7Eleven retails tadi bila bayar macam tak cukup. Aku terfikir, macam mana la agaknya rasa perasuah, orang yang makan harta orang lain, pencopek, peragut. Beza 1usd lebih aku dah rasa tak sedap semacam hati. Mintak jauh dari benda-benda macam tu bila aku dah kerja nanti. Lain kali kalau aku rasa orang mana silap buat kena tanya terus. Tak boleh buat macam ni lagi.

Muhasabah diri.

“Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang batil dan (janganlah) kamu membawa (urusan) harta itu kepada hakim, supaya kamu dapat memakan sebahagian daripada harta benda orang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui.” (Al-Baqarah: 188)

Monday, October 24, 2011

Discipline

Pagi tadi a friend of mine gave me a video link of Prof Tariq Ramadan - The Quest for Meaning. In the video, it says


"Without discipline, my ego is the first jail of myself."

Agree much with this. Sama juga dengan yang orang selalu cakap, what makes a person great is his/her attitude. Tingkah laku kita. Sifat kita. Contoh yang sangat nyata di sini adalah kita sebagai pelajar. Kalau disiplin tak tau mana hala, macam mana kita nak berjaya. Yes, mungkin short term your fate might be different but attitude ni tak tahan lama kalau tak ubah ke arah kebaikan.

So, let us be discipline in whatever things we are doing.


Kalau boring-boring study bukak link ni.

Lets start our weekdays fresh!

Monday, October 17, 2011

This week

A week of quizzes and assignments this weekend. Gonna be a little busy. Can only post longer post perhaps at the end of this weekend.

10/15 is my papa's birthday so Happy Birthday Pa.

Reminder for this week:
Don't procrastinate if you are slow in doing works. Last minutes study is only for smart and fast learner.


Have a great weekdays everyone.
There's time we suffer, there's time we cheers!

Sunday, October 9, 2011

Perdus

This weekend I'm a bit free. Just survived 3 exams in a week.

But I don't really survived I think since my results seems like a little pain in the ass.
Guess I have to work hard and smart for the upcoming exams to cover it up.
And hopefully I can fix it.

Bagi aku hidup ini speechless. Byk sgt benda utk diperkatakan. Ada suka, ada duka, ada susah, ada senang.
But whats important is we to go through it wisely, learn something from our journey and not to forget others too, for the good of ourselves and people around us and not to forget the future generations.
Sebab last last kita akan mati dan akan disoal tentang macam mana kita gunakan masa hidup kita di dunia ni.
Think about it. :)






Monday, October 3, 2011

ooVoo

Biasanya hari Sabtu aku akan ada satu session utk ooVoo with family.
Dan biasanya its in the morning, around 9am +.
Aku: 9am USA eastern time
Abg Faris: 2pm UK time
Family: 9pm Malaysia time

Dan biasala, bila ber'ooVoo ni banyak la pesanan dan cerita yang kita nak cakap dekat family or family nak cakap dekat kita. Its a normal thing to exchange stories. Kalau tak sure mati akal nak cakap apa.
Antara pesanan yang biasa akan dengar are:
a) Sihat?
b) Study ok?
c) Sembahyang jgn lupa
d) Buat apa weekend
Dan lain-lain soalan.

ooVoo ni sesuatu yang bagus sebenarnya. Di samping dapat mengeratkan silaturrahim, ooVoo ni merupakan satu medium untuk aku dengar pendapat atau pesanan dari keluarga. Yang mana akan membuat aku berfikir sikit kalau nak buat sesuatu tindakan. I'm pretty sure ramai yang duduk terutamanya yang jauh dari keluarga akan skype/ooVoo/yahoo chat family dia dan bertanya khabar antara satu sama lain. Yang jarang buat, I urge you to do so. Its fun you know. Tambah-tambah sekarang bukan zaman pakai surat lagi, internet pun bukan dial-up. Kalau facebook 24/7, takkan nak ada time dengan family berkira kan.

And happy 23rd birthday to Ahmad Faris Farhan bin Noor Azahan. InsyaAllah, kalau ada rezeki I'll be going to your place again next summer. To join mama and papa for your graduation.

Manchester, Summer 2011

Bye.

Saturday, September 24, 2011

Part 2.

So this entry is the part 2 for my last post. Actually I've been thinking on how people handle their past, the bad one per say. Many successful stories that we seen in the present does not necessarily starts good. Some of them are bad, some are real good since starts and if that's the case its good for them.


I remember reading a story from Mastika 2,3 years back about a successful Malay entrepreneur in Malaysia printing tickets for lottery or sports toto in his early year of his business. I repeat, a Malay and definitely a Muslim if its the case in Malaysia. So yeah, its bad right? Contributing for haram sources of income. I don't want to comment on this because this is not the real reason I'm writing this. What I know now he mentioned that he no longer print ticket for any gambling company no more. Would you forgive him of his past? If you were to ask me, my answer is I don't know. Its not me who do the judgement, its the God Almighty.

And what about the case of a politician. Or I can say politicians. Lot of history that people managed to dig deeper into their past. Its kinda hard I guess being a politician. Look at Anwar, Najib, Hishammuddin, Mat Sabu, and many other politicians. Though some of them have really changed now, but people still tend to look at the past. Its human nature. Even when making prediction, human tend to look at the past. I'm not saying its wrong to dig the past and blame them. Yes, we can do some background check but then there are limits to where you can use against them. If they were admitting their past and done well in present day, why would you wanna dig their past and tell the whole world they are sluts or whatsoever.

Okay, my point is. Its not wrong to look of our mistakes. Admit our wrongdoing, change for better, ignore what others say. Who are they to judge us. As long as u change for the good.

Okay, move on. Change for better. Sorry for writing this crap, I don't know how to arrange words. This topic is kinda confusing actually. Subjective.

Bye.

Monday, September 19, 2011

The past are still the past.


People said, past will never be changed but the future might be. Back to the Future, Terminator, Meet the Robinsons. Those are only dreams that are not yet achieved or perhaps cannot be true. Generally speaking, I don't hate past, I just regret certain stupid things that I've done back then. Up till now I'm still shadowed by the mistakes that I've done. Shit happens, but some shits are just terrible. Damn terrible.

The least that I can do is becoming a better person. Ask forgiveness. People learn from mistakes. I do the same too. Now, I think I've becoming an insecure person. Some might think its not a good move. But for the time being I think that's the best I can do to avoid it from happening again. If time machine does exist, I bet I'm not the only one who would want to go back and fix the situations. There are tons of people that does feel the same.

Serious shit kept thinking about it now. Not joking. Whoever I've done wrong or mistakes, I beg your forgiveness. Truly.

"The past cannot be changed, but the future has possibilities."

Saturday, September 10, 2011

Hope


Lebih kurang dua hari lepas, masa aku tengah tunggu gap for another class, aku ternampak a guy who looks a bit retard. Seriously, he does look a bit retard. Mata macam juling sikit, lepas tu position mulut cm senget sikit. It was raining that day. Masa aku lalu tu dia tengah makan pizza, standing, even just a bout one feet from him ada bench. I don't know why he did not sit. I assume he is a Temple student since he's carrying a backpack and eating in Temple University compound.


I stood about a distance from him. Sumpah, rasa kesian gila tengok. Aku saja duduk di bench not far from him just to confirm what he's going to do next. Some more its not confirmed yet he is a student of Temple. Aku terfikir, kalau betul la dia student Temple, rasa malu gila. Dia yang nampak retard tapi berusaha pergi belajar untuk dapat ilmu tapi aku yang aku rasa tiada masalah untuk belajar bermasalah untuk disiplinkan diri aku. Selalu tidur, suka tangguh kerja. Dari pembacaan aku, orang nampak retard tak semestinya bodoh, they might have difficulties in learning I'm guessing but sooner they will understand whatever they are studying. The difference is only the time. Lepas tu, hujan tiba-tiba lebat. I have to make my move to a shelter since the rain is getting heavy. Aku tak sempat tunggu sampai dia habis makan pizza, tak sempat tengok dia pergi mana lepas tu.

Kalau betul dia student Temple, I'm hoping he'll succeed in his studies and life. And if he is not, I still hope he'll succeed in his life. May God bless him.

Saturday, September 3, 2011

Syawal 1432

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Syukur, on 26th mendarat dengan selamat di JFK New York despite bad weather that are expecting on that day. This will be my second year here in Philadelphia.

Belum terlambat lagi untuk aku ucapkan selamat hari raya rasanya. So, Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin. Salah Silap Harap Ampun. Tahun lepas dah raya di Philly, jadi tahun ni Philly once again. Tahun lepas raya tak banyak sangat kelas tapi tahun ni beraya dengan 3classes. Betul, boleh ponteng kalau nak tapi aku nak kenal-kenal lecturer, tak suka senang nak decide nak drop subject mana. Sembahyang raya sekali lagi tak sempat, kelas first on that day is from 8am-920am.

Kepada rakan-rakan yang tak dapat beraya di kampung halaman, jangan sedih-sedih. Parents kita tak nak tengok anak-anak dia sedih. Dia nak tengok anak-anak dia gembira. So, jom dengar lagu raya yang tak sayu.



Thursday, August 25, 2011

Second time.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hari ini,25th August 2011, lebih kurang pukul 4.45pm Malaysia time aku akan naik kapal ke KLIA before I board for flight to Heathrow London and then to JFK New York. Jarak perjalanan dari Kelantan ke New York kali ini kurang lebih 36jam, untuk sampai ke Philadelphia wallahualam.


Next year, jika diizinkin dan berkemampuan insyaAllah next year aku balik lagi Malaysia. Tahun ni memang tak dapat nak elak, kena raya lagi sekali dekat United States macam tahun lepas. Aku kira bernasib baik dapat balik this summer sebab ada certain yang nak balik tapi terpaksa tak balik sebab summer class dan sesetengah ada masalah with this and that. Harap bertabah.

Harap dapat improve diri, lebih berdisiplin, lebih rajin dan macam-macam lagi for this new semester and new year in States. Kalau ada salah silap aku mintak maaf banyak-banyak. Mintak halal makan minum, mintak halal ilmu, mintak maaf kalau ada buat salah silap. Kalau ada yang murah hati nak bagi duit raya boleh klik di sini untuk no akaun bank.

Doa aku baik-baik kat sana.
Wassalam.

Tuesday, August 23, 2011

Berpuasa

Assalamualaikum dan salam perpaduan.

Entry kali ni aku nak bercerita pasal puasa di Malaysia sikit compared to puasa di Philly. Last year aku fly ke Philly around 2 weeks before raya. So aku rasa la juga macam mana puasa di Philadelphia. Aku ulang, di Philadelphia. So, pengalaman aku mungkin berbeza dengan budak-budak di United States yang tinggal di kawasan lain.

1. Tarawikh:
Di Philly, aku rasa tarawikh tu ada tapi memandangkan rumah kami jauh sedikit dari masjid, keadaan tersebut membuatkan aku susah untuk ke masjid untuk bertarawikh. Tambahan, environment di Philly sedikit menakutkan berbanding di Malaysia pada waktu malam. So yeah, puasa kali ni alhamdulillah, hampir setiap hari dapat bertarawikh di masjid, most of the time pergi dengan family.

2. Sahur:
Di Philly, aku rasa aku jarang-jarang bersahur. Bukan apa, sebab hidup sendiri jadi malas itu sangat banyak datang. Bersahur ni bagus. Sabda baginda Rasulullah SAW:
"Bersahurlah kamu semua kerana sesungguhnya pada waktu makan sahur itu terdapat keberkatan." Hadis riwayat al-Bukhari.

3. Makan/Berbuka:
Aku rasa dari segi makan, aku lebih prefer Philly kalau berbuka cara yang betul. Makan sedikit sekadar kenyang atau sedang sedang perut. Kalau dekat Malaysia, masyaAllah, makan sampai bloated. Pergi bazaar ramadhan? Paling-paling sikit pun habis dalam RM30 tiap-tiap kali pergi sana.


4. Berjemaah(tadi tarawikh sahaja):
Aku rasa aku prefer sembahyang berjemaah di Philly. Sebab berjemaah dekat masjid sana rasa macam rapat sikit. Rasa lain macam. Bila sembahyang pun rasa macam kukuh sebab saf cukup-cukup, muat muat, rapat-rapat. Kalau dekat Malaysia, ramai gila bukak kangkang luas-luas bila sembahyang. Saf yang boleh muat 10 orang pun boleh jadi muat 6 orang. Kalau kangkang buka luas kekal tak kisah sangat. Ini dari 2tiles jadi 1tile or 1 setengah tiles. Kurang umphh sikit.

5. Sembahyang raya:
Sorry meleret sampai raya sikit. Hari Raya last year di Philly aku ada kelas tapi sekejap sahaja, sempat untuk sembahyang raya sebenarnya. Last year aku memang niat nak pergi sembahyang raya. Dah cari masjid dengan Wan tapi macam mana aku pun tak tau tak jumpa masjid. Instead, jalan the opposite way and last sekali declare silap jalan. Last last balik rumah. Raya dekat Malaysia mungkin lain sikit sebab most of the family ada pagi raya. Dengan kuih muih raya. Dekat Philly makan ala kadar sahaja raya. Last year batchmates ada la buat makan sikit. Apa pun syukur.

Setakat itu sahaja sedikit sebanyak beza yang boleh aku fikir.
Yang penting semoga kita dapat beribadat dengan sempurna dan selesa.
Selamat menjalani ibadah puasa. :)

Tuesday, August 16, 2011

5 Years Plan

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia.


Aku pasti korang semua ada obsesi, minat, kegemaran tentang sesuatu benda. Ada yang suka menulis, ada suka game consoles, DSLR, board games dan lain-lain. Shopping juga aku boleh klasifikasikan sebagai minat sebab ada sesetengah orang dia suka shopping tak kira barang apa yang dibelinya. Mostly, lelaki akan minat supercars atau tak kurang superbikes. Aku bagi contoh video bawah ni.


Mana tak terliur kan. Tapi nak beli? Tak mustahil tapi kena kerja kuat sikit.
Dah umur 21 aku terfikir. Which one to prioritize first?

Yang pasti kita akan prioritize belajar. InsyaAllah in 2years I'll be completing my degree.
Semasa belajar pun kita dah kena tahu mana yang kita perlu dahulukan. Kalau tak memang susah la sikit hidup kita dan mungkin hidup orang lain.
Kenapa aku cakap hidup orang lain? Sebab ada sesetengah remaja sekarang terlalu minat benda and spend his dollars on that thing without thinking the consequences of him doing that thing.

Aku bagi contoh, dia minat superbikes tapi tak cukup duit nak beli. Maybe dia ada half of the money to pay for it. Tapi sebab minat dia rela pinjam duit kawan-kawan atau mungkin ibu bapa untuk membiayai minat dia. Itu baru bab beli. Belum kira maintenance, minyak and so on. Bagi yang tau planning its ok, masalah dia bagi yang tak tau. Ada certain tu gadai balik motor tu sebab tak mampu nak tanggung lepas tu. Sangat la rugi.

Sebab tu la planning amatlah penting dalam buat satu-satu benda. Budget kena betul, timing kena betul, prioritize which comes first dan lain-lain lagi aspek. Aku pun tak tau lagi nasib aku bila graduate(insyaAllah). Aku tengok rata-rata starting around RM3500-3800 kalau kerja private kalau dengar-dengar cerita budak-budak yang dah graduate. Kalau masuk government sector, faham-faham la kan. Kalau dah kerja nanti lagi la banyak nak kena consider. Kalau parents tolong bagai tu aku tak nak komen la.

Aku harap manusia golongan umur aku atau lebih baik yang muda dari aku dah berfikir tentang masa depan dia. Maklumlah, kita hidup dalam dunia yang penuh dengan competition sekarang. Masa depan mungkin tak seperti yang kita jangka. Tak begitu?

Jadi, rancang masa depan awal-awal supaya kita ada backup plan of what to do next if our plan A could not succeed. Semua nak hidup senang kan. :)

*lepas baca tekan play lagu ni, semangat sikit*


Friday, August 5, 2011

Ramadan 1432


Hari ke 4 Ramadan.


Ramadan adalah bulan yang penuh dengan keberkatan.
Isilah masa di bulan ini dengan sebaiknya.
Ingatan tulus ikhlas.

*Kurang 20hari lagi di rumah. Mood cuak.*

Tuesday, July 26, 2011

Mentaliti

Macam mana negara kita nak maju kalau perangai rakyat tak maju.
Senyum-senyum, gelak-gelak sikit, tepuk tangan, cukup la.
Bila kita nak maju kalau dalam forum pun audience boleh 'menjawab' penjelasan panel.
Be a professional la bro. Berforum kita bincang baik-baik. Bukan melalak tak tentu pasal.

And bila moderator dah cakap pertanyaan tak perlu intonasi yang macam marah/tak puas hati, tanya la soalan dekat panel baik-baik.
Barulah moden sikit Malaysia.



*Tadi gua tengok Apa Selepas 9 Julai, malu gila tengok audience macam tu. Harap lps ni audience jangan extreme sangat. And one more, tolong jemput Prof Agus jadi moderator please. :D *

Wednesday, July 20, 2011

iklan

Saya rasa ini sangat cool.



Thursday, July 7, 2011

selera


Seperti yang korang semua sedia maklum, kalau balik Malaysia summer break macam ni, makan mesti la best-best sikit compared to makan kat sana. Alih-alih ulang resipi sama. Biasalah, orang bujang.


So, sampai di KLIA, aku keluar-keluar terminal cari Burger King dengan harapan nak bedal burger yang aku biasa makan. Sampai dekat kaunter, terus aku lupa burger apa yang aku selalu makan dekat BK. Last-last makan Mushroom Swiss Burger gak. Langsung tak sedap. Tak puas hati dengan burger king, aku niat nak isi lagi perut dengan McDonalds since nak tunggu flight ke Kota Bharu bukan main lama lagi. Lebih kurang dua tiga jam lepas tu, isi perut dengan Spicy Chicken McDeluxe, Chocolate Sundae. Tu pn burger dia makan separuh. Balik Kelantan, dalam sebulan ni ada la gak try KFC. Tak sedap. Mungkin lidah aku dah tak layan sangat fast food dah.

Jadi, memandangkan Kelantan agak popular dengan makanan yang variety dan sedap, berikut adalah suggestion aku untuk siapa-siapa yang mahu makan-makan jika berkunjung ke negeri Kelantan. Yang pasti, makanan kat sini murah-murah sikit compared to negeri-negeri luar sana aku rasa. Dari segi sedap ke tak sedap, itu terpulang pada diri sendiri. Cuma taste buds aku ni macam tak layan sangat makan makanan negeri lain kecuali hidangan-hidangan yang datang dari negeri itu sendiri macam keropok lekor. Memang tak boleh lawan yang dekat Terengganu la kan.

Restoran yang terkenal dengan nasi kerabu. Mungkin korang pernah jumpa Yati Ayam Percik dekat Kajang, tapi yang original punya sini mari. Bagi yang tak berapa tau, nasi kerabu sedap sebab ada budu dalam kuah dia. So kalau korang cakap tak makan budu tapi bedal nasi kerabu empat lima bungkus nampak sangat korang nak jaga 'high class' korang.

Restoran ni aku jarang makan. Tapi makanan dia boleh tahan dan yang penting, murah. Lauk-lauk pun banyak pilihan. Sultan Kelantan dengan Raja Permaisuri Kelantan pun selalu makan dekat sini tak silap aku dulu.

Restoran ni pun sedap juga makanan dia. Pernah masuk Majalah 3 dulu. Kalau makan dekat situ susah la sikit nak dapat seat, tambah-tambah lagi tengah hari. Nak senang, bungkus.

Ini kedai kopi. Popular dekat Kelantan. Tak silap aku 'kopitiam' ni buka lepas Isya' sampai tengah malam sikit-sikit. Popular dengan roti bakar dan half boiled eggs.

Yang ni aku makan yang cawangan dia. Yang original dekat dengan Sultan Ismail School(SIC) kalau tak silap. Nasi Kak Wok ni ada tiga empat cawangan rasanya area Kota Bharu ni.

Kalau nak list semua jadi panjang la post kali ni. Banyak lagi kedai makan yang korang boleh try kalau datang ke Kota Bharu ni. Contoh,

Dan banyak lagi. Kedai cangkung pun best, tapi kalau kira gak memang panjang gila la list. Kelantan kot, aku kt Nilai pun orang cakap Nasi Kandar Lawood tu best. Orang Kelantan buat beb. :)

Kepada pemilik blog yang mana aku guna link, harap maaf sebab tak sempat nak kasi penghargaan. Sekadar ucapan terima kasih kerana berkongsi pengalaman anda di blog. :)

Tuesday, July 5, 2011

road not taken

Akan sampai satu tahap dalam hidup, kita terpaksa melakukan satu perubahan tak kira kecil atau besar bila sesuatu perkara berlaku. Tuhan kurnia kita akal untuk berfikir, pilih jalan yang terbaik. Usaha.


Orang tua-tua cakap, 'kita hanya mampu merancang, DIA yang menentukan'.

Wednesday, June 29, 2011

Lagi sehari genap sebulan aku dekat Malaysia for summer break.
And this one month I've been sleeping a lot.
Aku rasa ini bukan kali pertama aku tidur banyak, even in Philly I slept many hours in a day.
Kalau dekat Philly, lepas kelas pagi aku akan balik tidur. Then bangun for lunch, and then sambung tidur balik after that.
Bear in mind, aku bukan sengaja tidur tapi tertidur.
The only time yang aku betul-betul study ialah 3, 4days before test.
So when I came back to Malaysia, its not a strange thing if a sleep a lot I guess.
Cuma beza dekat sini aku tidur lewat sikit la compared to Philly.
Kalau dekat sana around 11pm aku dah tertidur dah tapi here in Malaysia around 2,3am baru nak tidur.
So I do a google of course at Google and this is what I found.


Jadi dengan ini tak pelik kalau aku tidur banyak. Even jadual tu cakap 9-10hours a day. Mr Borges pun pernah cakap tidur at least 10hours a day rasanya.

Kesimpulannya, I'm normal! :)


Monday, June 27, 2011

Learning

Need to learn harder to understand things especially things that are not of my field of study. I feel so dumb right now. Otak kosong.

Kata satu kartun, 'the mind is a terrible thing to waste'.

Tuesday, June 21, 2011

Bersih 2.0

Perhimpunan Bersih & Gerak Aman akan diadakan pada 9 Julai 2011.

Aku tidak memihak kepada mana-mana pihak. Aku cuma mahu negara kita sentiasa berada dalam keadaan aman.
Aku cuma berharap tidak akan berlaku apa-apa tragedi pada 9 Julai yang akan datang.
Aku juga berharap segala yang akan berlaku pada hari itu baik-baik dan selamat semuanya.

Cuma satu persoalan. Pihak Polis sudah mengatakan tidak akan berkompromi dan akan menahan pihak yang terlibat dengan Perhimpunan Bersih. Bagaimana pula dengan pihak yang terlibat dengan Gerak Aman? Adakah mereka akan turut ditahan?

Cuma terfikir siapakah yang akan terus bersidang di Parlimen jika kedua-dua pihak atau sebelah pihak ditahan :)

Wednesday, June 15, 2011

1mdb

Di Facebook dulu aku pernah post video when Najib launched Dana Belia if I'm not mistaken.

Lepas tu aku dah tak ikut sangat apa jadi dengan dana tu.
So dua hari lepas, aku tertengok la rancangan di TV3, "Sejuta Impian".
Rancangan tu ala-ala Nescafe Kickstart aku rasa. Yang bagus, they provide money from Dana Belia.
Dalam rancangan tu they kept mentioning RM20000 if they succeeded in convincing the judges tapi ada juga yang aku tengok from the website "Sejuta Impian" which a Capoeira group managed to get RM25000 to established a training center. Dan ada juga individual yang tak dapat langsung atau dapat a portion from that RM20000. A good move from the government I would say providing this platform to the youths.
Sekurang-kurangnya kita tahu yang Dana Belia tersebut digunakan untuk tujuan yang baik iaitu meningkatkan daya keusahawanan belia kita di Malaysia.

Bagus program ni sebab:
1. Publisiti free
Bayangkanlah. Tak perlu iklan sangat perniagaan anda sebab dah masuk tv untuk program tu kan. Malah boleh letak keratan akhbar or video lagi dekat kedai anda nanti. Impak dia sama macam letak papan "Jalan-Jalan Cari Makan" dekat restoran-restoran yang Maria Tunku Sabri dah makan. Menguntungkan.

2. Perhaps permohonan tak strict macam bank
Yang second ni aku tak berapa sure. Tapi aku rasa permohonan dia tidak kompleks macam pinjaman bank aku rasa. Bahkan lagi seronok pula cerita dekat orang lain tentang perniagaan yang anda nak buat. Plus, you got comments from the judges yang dah berjaya dalam career mereka.

:)

Monday, June 13, 2011

Pendapat

Pertama sekali, aku tak memihak kepada mana-mana parti di sini.

Cuma sedikit kesal dengan media terutamanya television yang tidak berusaha untuk beri fair comment towards issues. Fair comment di sini merujuk kepada komen dari kedua dua pihak mengenai sesuatu isu.
Sebagai contoh, PAS mahu melaksanakan konsep Negara Kebajikan.
Dan mengikut apa yang aku tonton di tv, stesen tv tersebut cuma meminta pendapat dari satu pihak sahaja samada dari pihak kerajaan atau pembangkang.
Supposedly mereka perlu meminta pandangan dari kedua-dua belah pihak supaya isu tersebut dapat difahami dengan jelas.
Dan kalau boleh, avoid people that have break our trust contohnya politician yang terlibat dengan 'politik wang' atau mempunyai masalah disiplin yang lain. It somehow downgrade their comment towards certain issues even what they are saying is right. It somewhere feels not right to hear comments from people of that background.
Aku rasa Melodi jauh lagi bagus dalam soal terjah menerjah jika dibandingkan dengan team yang melaporkan berita semasa.
Cuma pendapat dari aku, budak hingusan yang masih belajar mengenal dunia.

Saturday, June 4, 2011

seminggu.


Its almost a week I'm at home.

My flight from London Heathrow was on 29th and it took 12hours to reach KLIA.
The journey is not that boring as I imagined.
Most of the in-flight movie is cool but I have watched like half of it.
The food is also good. I ate Chicken Biryani for dinner and Nasi Lemak Sambal Udang for breakfast.
Thanks to Malaysia Airlines for their hospitality. Though you didn't make much profit or should I say you made a lot of lost but your service is A class.
I can't stop going to the food area to pick up food for the movie.
Oh yeah, before the flight at Heathrow I met a couples of grandpa and grandma about my grandparents age.
So I asked them are they on the same flight going to KL and they said yes and going to Penang.
Ada la modal sikit aku nak cakap since aku pun pernah tinggal dekat Penang for 5years before I move back to Kelantan.
They said, they first went to Malaysia a year after Tsunami in Penang and they fall in love with Penang I would say. Since then, they have made a decision to go to Malaysia twice a year.
I was like, wow. Mat Saleh pun suka our country, why not us. They said they were excited to go to "Batu Ferringhi".

So yeah, this is my 6th day and I did nothing except eating, sleeping, and movies.
Will be doing something useful soon. And will be sharing with you guys what do I get in my journey back home. Its too many to be told in one post. Tak menarik la nanti cerita semua kan.
Till then. Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.

Sunday, May 29, 2011

Old Trafford
us three.

InsyaAllah I'll be on a flight home next morning.
After my last post I went to Sheffield to meet my brother and my cousin there.
I also went to York to visit my friend at York University for two days.
Went to Manchester for Old Trafford tours and museum and also to 'kenal-kenal' Manchester that is so called metropolitan city.
Overall, London is quite okay but not as happening as in United States.
What I like most about UK is their halal food. Banyak gila. Doesn't matter kedai arab, pakistan or whatsoever as long as it is halal.
In London there are a lot of Malaysian restaurants as I have mentioned in my earlier post. And today I went to Tok Din located at Paddington area in London. The food is quite good and the price is affordable.
What do I think about UK? Well I would say I enjoy US much when it comes to everyday life. UK is too quiet for me. UK scenery is superb considering you love peace and need to take a break from hectic city like New York or even Kuala Lumpur. Serious, I do think Kuala Lumpur is far more hectic than London.
Public transport? As usual, its quite pricey I guess. But doesn't matter. Even in Philly and New York it does cost the same I guess.
So yeah, UK is boleh la..... :)

Thursday, May 19, 2011

berjalan.


Its summer holiday.

So here I am in UK before heading to Malaysia.
I'm at London to be precise now. InsyaAllah be going to Sheffield, Manchester and York after this.
London is quite a nice place. Its just this place is quite a 'quiet' for me.
This is my second day here in UK and I'll be here for 4days in London.
InsyaAllah will be in UK for 13days.
Foods. I think its quite affordable considering the portion that you eat.
And its HALAL.
I ate at Noodle Stop yesterday. Nandos for today.
There are also quite numbers of Malaysian restaurant here.
Jom Makan, Rasa Sayang, Malaysia Kopi Tiam and lots more.
I've been to few hot spots in London so far and to be honest its quite boring.
Trafalgar yang aku imagine is full of birds macam cerita Cinta Antara Benua tidak seindah itu.
True story. Ada la burung. Cuma kuantiti tak banyak.
Yang frust bila tak dapat pegi Arsenal Stadium tour because I forgot to book it early so the available date is on 31st May. Damn. Hopefully I can still go to Arsenal Museum tomorrow.
And hopefully this same thing will not happen to Old Trafford.
Macam sia sia datang sini kalau tak pegi those 2places.

Okay. Adios.

Monday, May 16, 2011

tentang guru.

Its 16th May. Two things will pop into my mind.

Hari Guru. And birthday Boyut.

Kerja cikgu ni bukan mudah.
Banyak cabaran. Nak nak lagi bila students nakal.
Boleh kata kalau sekolah menengah/rendah cikgu la semuanya.
Cikgu la pemandu ambulans ambil tahu bila student sakit.
Cikgu la jurulatih sukan. Cikgu la jurulatih kumpulan itu ini.
Yang jadi warden lagi la. Jadi mak/bapak to 400+ students kalau kat maktab aku dulu.

Dan bukan senang nak mengajar.
Bukan senang nak buat students minat belajar.
Aku cakap macam ni sebab dekat university most of my lecturer ajar 'macam tu' la. Especially TA.
Biasanya masuk kelas tak faham apa apa. Balik kelas buku buku baca sendiri apa yang diajar.
Betapa susahnya jadi cikgu ni.

Sebab tu la aku cukup tabik la kawan kawan aku ada yang nk jadi cikgu.
Kepada kawan kawan aku yang nk jadi cikgu sebab terpaksa pun aku tabik la sikit sikit. InsyaAllah nanti dengan hati terbuka dia rela jadi cikgu. Lepas tu ajar budak baik baik. Mana la tau aku hantar anak aku kt sekolah diaorg ke. We never knew.

So di kesempatan ini aku ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada cikgu cikgu aku dekat Tadika Pasti Kok Lanas, Sekolah Kebangsaan Pangkal Kalong, Sekolah Kebangsaan Tangok, Sekolah Menengah Kebangsaan Bachok, High School Bukit Mertajam, MRSM Pengkalan Chepa, Kem PLKN Tasoh, INTI University College, Temple University, dan juga cikgu cikgu aku yang tak secara langsung mengajar aku erti hidup. Pengorbanan anda anda semua amatlah besar.

Terima kasih cikgu.



Tuesday, May 3, 2011

sesat

Saya sedang menempuhi peperiksaan akhir semester.


Monday, April 25, 2011

murah

Minggu depan minggu peperiksaan.
Selamat maju jaya aku ucapkan.
Assignments perlu siapkan before test, then focus test.
Its gonna be a hell of a week. :)

Nak cakap masalah serius sikit.
Aku bukan anti tapi rasa lawak dan tidak macho berbuat sebegini bagi aku.
Bila orang tu post something dekat facebook. Then dengan rasa konfiden tekan like untuk benda yang dia post.
Contoh:


Kepada rakan-rakan aku yang terdekat. Jauhilah tabiat ini. Langsung tak macho.
Sekian. Terima kasih.

Friday, April 15, 2011

Lord Google.

Sesetengah isu, aku lebih suka menonton video dari membaca laporan akhbar.
Sekurang-kurangnya aku dapat lihat sendiri apa yang keluar dari mulut orang itu sendiri dan bukan ayat gubahan akhbar-akhbar.
Akhbar mana-mana pun sure ada bias bagi aku.
Even yang hebat macam BBC, CNN, WSJ.
And if you are destined reading one of the news from the paper, tolong refer akhbar lain juga.
Mana kita tau kot-kot laporan berbeza. We never knew.
Apa yang aku nak cakap kat sini, kaji dulu setiap berita yang kita dapat tu sebelum kita boleh confirm 50% benda itu betul.
Even benda yang kita rasa betul pun mungkin salah secara realitinya.
Zaman sekarang mudah, everything is online. News, blog, articles. Just google it.
Tekan keyword yang kita nak, then tekan news. Tekan news dulu pun boleh, whatever you punch first its okay.


Point aku disini, rajin-rajin la membuat evaluation kalau dapat berita on certain issues. Aku tertarik nak tulis pasal ni sebab aku teringat ramai kawan-kawan aku post pasal hujan asid Philippines after nuclear crisis in Japan. Even their officials denied the rumors I guess. Main forward tanpa usul periksa ni bahaya.

Selamat beramal for those who read this. Assalamualaikum.

Sunday, April 10, 2011

5weeks.

A quick update.

I don't know why but my passion of writing had suddenly gone.
The reason I created this blog back then is to share with you guys things that I consider interesting and hoping you yourself will have a thought of trying it.
And some of my writing is my thoughts on certain topics/issues.
But lately I'm kinda busy with homeworks, assignments, tests, which I don't really have time to think of great topics to be shared or discussed about.
And if it does have, its not a fruitful topic as I was hoping to share.
I'm running out of ideas of what to post for the time being.
Hope assignments, quizzes, and tests will not worsen my clogged mind.

"Being in a group and criticizing on certain issues does mean you are contributing for the group I guess. Its far better than people who is silent and one who know the truth but did not dare to speak up his mind. You got no balls man."

A bias thought from me. :)

Thursday, March 24, 2011

raining.

Dalam post kali ini, terlebih dahulu aku nak ucapkan tahniah kepada adik aku, Ahmad Faiz Safwan, dari Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir atau nama lamanya Sekolah Menengah Sains Seremban. 7A+ 2A 1B+. Biology dapat B+, memang torbaik. Jadi aku sarankan jangan gatai nak apply medic. Engineering ada, business ada, econs ada, pilot ada, diplomatic ada. Banyak lagi benda lain yang worth applying. Yang penting semua tu mestilah bergantung kepada minat dan kecenderungan terhadap bidang itu. Tahniah diucapkan walaupun sah sah adik aku frust gila dapat seekor B. Aku dulu pun macam tu bila dapat seekor B3 untuk EST dulu seterusnya menjadi pelajar tunggal yang tidak mendapat A bagi subjek EST. Epic.


Mengikut sumber aku, Datuk F, berikut merupakan kedudukan keputusan SPM 2010 bagi sekolah-sekolah menengah di bawah kerajaan pusat. MRSM Pengkalan Chepa muncul sebagai sekolah terbaik Malaysia di bawah kerajaan pusat dengan gps 0.8291 dan seperti biasa Kolej Yayasan Saad terus cemerlang dengan gps 0.66. Keputusan pecah punggung kata Dr Rozmey.

1.MRSM Pengkalan Chepa - 0.8291
2.SMS Tuanku Tunawir(SASER) - 0.8884
3.MRSM TUn Ghafar Baba(Jasin) - 0.914
4.MRSM Taiping - 0.97
5.SBP Integrasi Gombak - 1.1341
6.Kolej Islam Sultan Alam Shah(KISAS) - 1.145
7.Sekolah Tun Fatimah(STF) - 1.2837
8.MRSM Langkawi - 1.33
9.SBP Integrasi Rawang - 1.3408
10.SMS Alam Shah(ASIS) - 1.3495

Aku sebagai bekas pelajar MRSM Pengkalan Chepa 06/07 mengucapkan tahniah kepada junior-junior dan guru-guru di atas usaha gigih mereka. Sesungguhnya tanpa usaha, susah untuk seseorang berjaya. Syabas cikgu cikgi yang berusaha keras mendidik junior-junior. Tambah Datuk F lagi, MRSM Pengkalan Chepa mendapat 100% A dalam sembilan matapelajaran iaitu Matematik, Bahasa Melayu, Sejarah, Pendidikan Islam, English for Science and Technology, Rekacipta, Perakaunan, Tasawwuf, dan Pendidikan Seni Visual. Tahun aku pun patut dapat EST tu, cuma macam biasa la, mungkin pemadam aku tak berfungsi masa jawab multiple choice questions atau MCQ. Sampai tua Madam Zakiah tu ingat aku. Last time aku melawat MRSM Pengkalan Chepa is Hari Guru 2010. "Of course I remember you. Your mother was so worried about your EST. Nak buat macam mana, bukan rezeki you." Lebih kurang macam tu la dia cakap. Aku mampu sengih je. Maklumlah, results corot sikit sebab aku. Serious aku ingat lagi macam mana aku tau aku sorang tak dapat A for EST. Nak dijadikan cerita aku tengok keputusan overall EST dekat Cikgu Sapawi kalau tak silap aku sebelum ambil slip keputusan SPM. Tengok-tengok seekor orang tak dapat A untuk EST. Dalam hati aku "kalo aku budok ni, mapuh". Lepas tengok je slip aku, terus aku senyap tak cakap pasal budak tak dapat A untuk EST. Blah keluar dewan macam tu je.

Hari ni juga la lebih kurang 3tahun lepas aku cuak gila nak tengok results. Sejurus pulang dari Kem PLKN Tasoh, Perlis aku terus pulang ke kampung halamanku di Bachok, Kelantan. Maklumlah, time tu aku tinggal di Penang. Esok tu siap-siap nak pergi sekolah nak ambil results dengan hati yang macam nak luruh. Dapat je results, seingat aku, ayat yang first terdetik dekat hati aku "oh shit" sebab tak dapat 10A. Memang nak mencarut je rasa. Maklumlah, abang dapat 10A1, sah sah ada comparison bila jumpa saudara mara. Lepas tu macam biasa la, kena terima hakikat yang aku ni malas sikit. XD

Dan harini jugalah aku banyak tengok status dekat facebook kawan kawan aku cerita pasal zaman-zaman nak ambil results spm dulu. Tak kurang juga yang tukar profile picture kepada zaman sekolah. Status cikgu cikgi aku dekat MRSM pula dah dekat 200likes, nak sampai tahap Malaysiakini punya news dah. Macam-macam.

Bagi budak-budak yang pass with flying colors, boleh la apply typical scholarship iaitu JPA scholarship dan juga MARA scholarship. Ini kerana banyak lagi penajaan di Malaysia yang adik-adik manis sekalian boleh apply contohnya Petronas, Bank Negara, Khazanah, PNB, Telekom, Sime Darby and many more. Harap-harap salah satu tu jadi rezeki korang. :)
All the best.

Yours truthfully,
Datuk S.

Tuesday, March 22, 2011

quick update.

Reading Terminal Market, Philadelphia, PA.

Just a quick update.
I dont really have much time to update blog right now.
And I'm trying to find time to read blogs that I followed, especially those that updated their blog daily.
I read some but couldn't find the right words to comment.
Just got my law paper return, and its rubbish. Meaning, now I have two last chances to fix it.
Got business calculus quiz at 8 tomorrow, and more test coming.
Dan sedar tak sedar, I'm halfway through the semester already, April is coming.
Meaning I really have to work my ass off if I want to have good grades for this semester.

And I have a short conversation to share with you guys that I got from my friend's facebook status.

"A British man came to Sheikh and asked: Why is not permissible in Islam for women to shake hands with a man? The Sheikh said: Can you shake hands with Queen Elizabeth? British man said: Of course not, there are only certain people who can shake hands with Queen Elizabeth. Sheikh replied: our women are queens and queens do not shake hands with strange men"

InsyaAllah I'll try to find time to update this blog. :)

Sunday, March 13, 2011

pray for japan.

Springbreak sikit lagi nak sampai penghujung.
Mr Michael Valenza hantar email cakap kelas cancel Isnin ni sebab ada firedrill waktu kelas.
So yeah, I have an extra one day holiday.
Springbreak ni aku tak pergi mana-mana. Saving duit sikit.
Biasa la, bila besar ni baru faham macam mana bila urus duit sendiri. Nak bayar itu, bayar ini.
Tu belum ada bini dengan anak-anak lagi tu. Susah, susah.

Okay, dua tiga hari ni dunia kalut dengan gempa bumi dekat Jepun(3/11/2011).
Gempa bumi tu juga mengakibatkan tsunami.
Gempa bumi tu dah kurang dah sikit rasanya mengikut laporan tapi aku kurang pasti sebab banyak sangat news. Tak sure exact time. Harap-harap begitulah.
Tapi yang aku blur dan memang betul tak tau adalah pasal nuclear reactor yang dia cakap tak dapat sustain suhu dia. Malaysiakini pula lapor kadar radiasi naik 1000kali ganda.
Dengar macam teruk juga tapi situasi sebenar aku kurang pasti. Tambah-tambah aku ni budak social science, kurang bijak pasal benda-benda geology, physics, chemistry ni.
Dan biasalah, bila negara yang mana students kita agak ramai, jadi hot la news tu. Students Malaysia dekat Jepun lebih kurang 2400.
Hot nya berita ni dekat Malaysia lebih kurang Egypt dulu rasanya cuma kali ni bencana alam, yang Egypt tu bencana manusia.
Kawan-kawan aku yang belajar di sana selamat rasanya mengikut status facebook yang di post mereka.
Dan pesawat MAS pun dah start beroperasi kembali dah mengikut status saudara aku yang melawat anaknya di Sendai sejak minggu lepas.
"Oredi checked in. Flight on schedule. will board at 0900 malaysian time. Sori cannot answer individually. Internet intermittent. Almost everyone try to be online."
Diharap rakyat Malaysia yang berada di Jepun dan rakyat Jepun yang terselamat berada dalam keadaan sihat dan selamat.
Sebab aku baca tadi tsunami, earthquake warning ada lagi hari ni, cuma kurang sikit compared to previous one.
Sama-samalah kita berdoa untuk keselamatan mereka.
Pray for Japan.

Monday, February 28, 2011

gawat.


The not so good week. 3test for this week.
Business law, business calc, management info system.
Hell I don't remember a thing on law terms.
They are just plain weird. Why can't they just say intention instead of mens rea.
These 3 will be my first test for this semester. Hoping for the best though the effort is not really great.

Next post will be during spring break. InsyaAllah.
Need to brainstorm of what to write.

Thursday, February 24, 2011

4212L

Buatlah benda yang kita suka asalkan ianya berguna.

Paksalah diri kita untuk benda yang kita tidak suka untuk kebaikan diri kita.

:)

Tuesday, February 8, 2011

cheese naan.

Sepanjang lebih kurang 6bulan di bumi Uncle Sam ni, antara benda yang buat aku sentiasa careful when buying thing is
benda tu halal atau haram. Nak kena tengok benda tu apa ingredients dia, ada U, UD, K ke tak. Sometimes, benda yang
kita tak pernah terfikir seperti aiskrim, fries, candy yang kita rasa dia halal boleh jadi tak halal. Its because of the
ingredients, or maybe its because of the way preparing it. Sebagai contoh, semua orang cakap fries tu halal, boleh makan.
Tapi dah cukupkah sekadar kita tahu bahawa potato itu halal? Bagaimana pula dengan cara penyediaannya like how they mix
the potato to make the fries, what kinda oil that they use to fry it, and etc. Jadi, bagaimana kita nak tahu bahawa benda
tu halal atau tidak?

Di zaman sekarang ini, marilah kita sama sama celik IT, google sikit ingredients yang dia guna, cara penyediaan dia.
Seperti yang kita sedia maklum, ada website yang boleh kata membantu kita jugalah dalam nak determine whether benda tu halal
atau tak seperti http://www.muslimconsumergroup.com/ dan banyak lagi website lain. Yeah, mungkin ada yang akan kata website
itu mungkin tak betul and so on. Tapi, at least you have an awareness of determining whether that thing is halal or not. I mean
usaha kita untuk cari maklumat tentang bahan yang dia guna, apa pandangan masyarakat muslim pasal makanan tu, cara penyediaan dia.
I'm not a pious person tapi insyaAllah Tuhan bagi kita pahala dengan usaha kita untuk tahu benda tu halal atau haram. Dengan
erti kata lain, jangan main bedal je apa yang instinct kita cakap halal. Satu lagi, apa guna pakai smartphone kalau tak
boleh nak google benda-benda macam tu. Baik guna 3310. Macam kita nak pergi solat bejemaah di masjid then bila kita sampai orang
dah habis jemaah, kita masih dapat pahala berjemaah if I'm not mistaken. Ingat, Tuhan ni Maha Pemurah.
InsyaAllah kita dapat pahala atas usaha kita tu.

Jadi kawan-kawan, tidak kira kita di Malaysia atau mana-mana ceruk dunia, hati-hati dengan benda yang kita makan.
Bukan semua mamak halal kan? Bukan semua kedai Ah Chong haram kan? Kedai Pak Man pun tak semestinya halal kan?
Tanam awareness tentang halal haram benda yang kita makan tu.Ingat apa yang Pendidikan Islam cakap kalau makan makanan
haram? Hati tak tenang. Sistem badan mudah rosak. Ingatan tak kuat. Dan macam-macam lagi. Kita nak jadi bagus kan?
So guys, remember, we are what we eat.


*maaf kalau post macam merapu*

Saturday, January 22, 2011

z.

Baru lepas tengok Sang Pemimpi.
Movie yang menarik. Banyak moral. Quite inspiring.
Aku pun ada mimpi macam Ikal dan Arai. They wanna go to Sorbonne, Paris. Tapi sebelum tu pergi Jakarta dulu cari ilmu.
Aku pula nak pergi Johannesburg, pergi Cape Town. Jadi ke Philadelphia dulu cari ilmu.

Oh, hari ni I'm 21.
Thanks for the wishes peoples.

Cape Town.

Monday, January 17, 2011

i win?

Orang cakap, hidup ni baik dibalas baik, jahat dibalas jahat.
Tapi kadang kadang aku terfikir, am I the only one who is bad?
Aku jahat, dia baik. Camtu?
Okay, aku kasi contoh 2org pencuri, si A dan si B masuk rumah somebody.
Curi sama sama harta orang lain. Buat jahat sama sama.
Lepas tu time nak divide harta curi tu si A dengan si B gaduh sebab si A nak share lebih.
Si A nak 60%, nak kasi si B 40% only.
Lepas lama lama gaduh si B fed up dengan si A.
Then dia amek 40% harta curi tu dah blah.
Ayat last si B dekat si A, "Buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat".

Okay, kita tengok senario camtu, tak pelik ke si B cakap camtu dekat si A?
Si B ade buat baik? Si A buat jahat?

Sometimes, in our life, shit happens. Both buat salah yang memamg dah salah.
So rasionalkah kita untuk cakap dia patut dapat balasan even what they both done are wrong?

Tuesday, January 11, 2011

new.york


I have no idea of what to write for this post.
Maybe I'll have the idea by tomorrow or the next next day.
Just wanna share with all of you new york, 12/5/2010.
I'll come back later to write something meaningful.

Akhir kata,
People grow after they tasted the bitter side of life.


Saturday, January 1, 2011

bonbon.

Bila masuk tahun baru,
the only difference is mesti aku silap tulis tarikh bila tulis dkt excercise book nnti.
Konpem.
Tak pun aku amek masa nk pk haribulan.

Ayat hari ini:
Buncit baru la macho!

 

blogger templates | Make Money Online