Friday, December 21, 2012

Malaysia. Siapa tak sayang negara sendiri.
Aku sayang Malaysia, tanah tempat aku lahir, membesar.
Alhamdulillah, syukur, aku hidup di negara yang aman berbanding sesetengah negara.

Introduction slide, Global Strategic Management, Fall 2012

Lately, banyak berita yang memaparkan benda buruk mengenai Malaysia.
Corruption, undemocratic, unfair judgement, scandals.
Banyak aku baca rungutan dari kawan-kawan terutamanya overseas students yang bercakap mengenai berita seperti ini.
Yes, aku setuju dan aku malu dengan benda buruk yang berita-berita laporkan.
Aku tak nafikan some of those things do happened.
Yang benda baik pernah kau share? Pernah kau bangga?
Tapi yang aku jarang aku baca bila benda buruk keluar, the solutions to the problems. Apa yang kita patut buat selain merungut dan menulis sinis tentang apa yang berlaku?
Mana healthy discussion towards those problems?
Ideas, thoughts, on how to change/repair the problems rather than just complaints.
Ya, aku tau negara kita mungkin tidak se-democratic America, tidak semaju Jepun.
Tapi at least cuba cakap, utarakan, apa yang ko rasa gov/agency patut buat untuk betulkan keadaan tu.
Gov scholars? Gov servants? Yes, maybe kita takut utarakan pendapat sebab kita maybe tergolong dalam golongan itu.
Aku rasa takut itu cuma 1% sebab yang menghalang kita untuk bagi idea, most of the percentage goes to expression/suggestions kita yang emotional dan salah towards that problems.
Example:
SPRM mungkin akan lebih adil dengan melantik bla3.....
Instead of, SPRM ni barua bla3, patut la berat sebelah sebab lantik kroni bla3...

Aku rasa beza kalau compared dua tu cara penyampaiannya. Improving vs blaming. Tujuan mungkin sama tapi cara kita channel kan benda tu mungkin salah. Jadi, akibatnya, kita rugi/kehilangan pendapat yang mungkin baik. Kalau takut buat account lain, anonymous. Doesn't matter. Janji idea sampai. Tapi jangan la pulak guna account untuk hentam, caci orang.

So yeah, harap kita semua ada satu tujuan yang sama, to develop our nation. Bukan untuk tujuan peribadi atau salahkan sesiapa. Kalau kita ada idea bagus, apa salahnya kalau kita share, tak perlu tunggu untuk tukar gov or whatsoever dulu. Guna apa jua channel yang dapat kita capai. YouTube, Twitter, Facebook, etc. Sekarang zaman IT, bukan lagi zaman polis seluar pendek. Tak perlu takut orang guna idea kita jika untuk kebaikan bersama. Orang akan tahu siapa yang bagi ideas dan pendapat dahulu. Gov nak terima atau tidak its up to them. At least we did something.

Di sini juga aku nak menyeru kawan-kawan yang dah cukup umur untuk daftar dan harap pergi mengundi nanti. Untuk pengetahuan, parlimen akan bubar secara automatic on April 24 2013 kalau gov masih tak bubar untuk PRU13. Undilah apa yang korang rasa yakin. Tak kisah orang nak cakap salah atau tidak kalau kau rasa pertimbangan kau betul. Kita sedang belajar. All the best, Malaysia, Malaysian, tanah tumpah darahku. Blood, sweat, honor.



Aku dah jadi pengundi sah since August 2012 tapi tak sempat nak tukar untuk mengundi di US. Hampeh

Thursday, December 20, 2012

Post post-exam

Alhamdulillah, Fall 2012 semester is over. Cuti!

Syukur, semua subject okay. Another semester to go insyaAllah.
My last update was like a month ago.
Sekarang aku jarang menulis. Mainly sebab aku rasa ilmu aku tak cukup lagi, and sometimes aku rasa idea atau pemahaman aku towards something tu macam mengarut.
Plus, aku malas nak google benda lately. Harap winter break ni aku banyak masa untuk reflect balik benda yang aku tengok, baca, dan share di blog ni. InsyaAllah.


Monday, November 19, 2012

For Gaza

Been busy these few weeks.
Presentations, assignments, quizzes. Rotate, rotate, rotate.
Minggu ni Alhamdulillah free sikit since Thanksgiving break start Khamis ni. Bukan lama pun. Extra dua hari, but that would suffice I guess.
Lepas Thanksgiving, back to assignments, presentations, quizzes, and finals. Though semester memang shitty, hopefully I'm learning something it. Amin.


Sekarang tengah hangat isu Gaza, and dekat Malaysia with boycotting McDonalds and all that. Nak cakap pasal isu Gaza aku pun tak clear sangat. Dari sudut Palestine info banyak sebab ramai kawan-kawan Muslim and supporting those Palestinians. So weekend ni aku buang masa tengok dari sudut Israel pulak. Tengok documentary and all that. Isu beribu, beratus tahun, so tak boleh main tembak je faham. Tengok views from both sides. Ada sesetengah cakap apa sangat la kita boleh buat dengan boikot tu. I would say banyak, short and long terms. Nak tahu lebih lanjut tengok video Dr. Hafidzi pasal boikot-boikot barangan yang SUPPORT Israel. Nak tau lagi banyak pasal this issue, I would say read, and read, and read. Isu ni kata orang bukan isu penduduk dekat situ saja, tapi isu umat Islam. Harap kita peka dengan benda-benda yang macam ni lebih dari kita tau pasal movies, shows, entertainment here and there.






 

Thursday, November 1, 2012

Belated Aidiladha wish to all muslim around the world.
Alhamdulillah, tahun ni sempat ke masjid untuk solat hari raya.
Beraya tiga hari di DC.
Cuti extra dua hari because of Hurricane Sandy.
Alhamdulillah, kami di Philadelphia okay.
Takziah buat rakan-rakan di area New Jersey and New York. They were badly hit by the storm.
Semoga keadaan cepat pulih di sana.
Sedikit kecewa dengan segelintir rakyat Malaysia with Sandy that hit United States.
Ramai yang komen "padan muka", "balasan Allah", "bala", illuminati and whatsoever.
Bagi aku yang tak berapa tinggi ilmu aku rasa, that natural disaster might mean anything.
Mungkin bala dari Allah, mungkin juga ujian dari Allah. Wallahualam. Siapa kita untuk menafsir.
Bagi aku kita sebagai umat Islam, tunjukkan contoh yang baik bila sesuatu yang buruk menimpa tidak kira siapa.



Monday, October 22, 2012

Google?

Experience towards things, products, or services banyak bantu untuk develop idea.
Kalau instructor suruh buat paper, lain kali buat site visit.
Balik nanti nak buka supercenter produk Yahudi macam Tesco & Carrefour.
Lawan produks 1Malaysia keluaran Mydin.
Eh?

Thursday, October 18, 2012

Man Up!

Allah does not burden a soul more than it can bear... (2:286)

Monday, October 15, 2012

BolehLand

Kita nak maju kena la buat comparison juga dengan orang lain.

Memang la nasib atau cara hidup kita berbeza.
Jangan bila di compare, dijawab dengki, tidak masuk akal, tidak bersyukur.
Husnuzon.
Jika tidak ada kritikan masakan ada penambah baikan.
Jika oligopoly masih berkuasa bagaimana mahu jadi competitive, innovative

Baguskah kita jika pretasi 40% berbanding 70% yang sepatutnya tetapi mengatakan kita sudah bagus dan maju?


Tuesday, October 9, 2012

Tidoq

Aku rasa tidur terlebih, buat mind jadi tak sharp.
So lets sleep well. 5hours perhaps?

Semester ni aku rasa otak develop sikit sebab banyak analytical paper, so banyak buat research dekat internet. It was good and I enjoyed it ; though marks aku maybe suam-suam kuku semester ni.

Sekarang aku tengah try nak baca buku balik though baca few pages aku tertidur. Hope I'll get something from my readings.

Sekian, wsalam.

One of my personal favorite SUV, Mercedes G Class.

Monday, October 8, 2012

Bismillah

Bismillah

My last blog post dated almost 4 months ago. I've been meaning to write about something couple of times but it sounds silly after couple paragraphs. Now I'm back in States, about a month ago for my final year insyaAllah. This semester' subjects has been quite stressful. Assignments and quizzes most of the time. Been trying to suit myself with workloads. Will be updating this blog soon, insyaAllah.

Eat well, sleep well, pray well, and don't forget to exercise. Wsalam.

Recommended movie: http://www.imdb.com/title/tt1802197/ 

Thursday, June 14, 2012

Salam 1Malaysia.

Setelah hampir sebulan tak update blog, barulah aku rasa macam nak menulis balik. Tambah-tambah, blog aku bukannya ada orang baca. Dan sekarang ada satu akta yang agak ridiculous which is the Evidence Act. Silap haribulan kena saman aku kalau tulis benda bukan-bukan. Semalam aku dah buat post pasal Malaysia Airlines tapi aku delete balik and nak tulis balik sebab aku rasa isi aku agak tidak membantu. So kali ini aku rasa aku dah draftkan sikit supaya nampak lebih elok. Apa yang aku nak tulis ini bukan kritikan tapi lebih kepada pandangan aku pasal Malaysia Airlines atau cetain orang sebut MAS. Aku pun bukan selalu sangat nak flight, yang pernah naik cuma MAS, AirAsia, Firefly(MAS gak), Saudi Airlines, American Airlines, British Airways, dan yang latest Emirates.

Management
Aku rasa management Malaysian Airlines sedikit tidak consistent dalam beberapa tahun kebelakangan. Selepas Datuk Seri Idris Jala ke Jabatan Perdana Menteri, Managing Director MAS sudah dua kali betukar tangan. The first one is Datuk Seri Tengku Azmil and the current one is Ahmad Jauhari Yahya. Dan dalam dua tiga hari lepas, their top officer, Mohammed Rashdan(Deputy Group CEO) pula yang resign. Pendapat aku, MD kena la lama sikit berada di MAS. Sebab perubahan tu kadang-kadang kita tak dapat tengok dalam jangkamasa yang pendek. Even Tan Sri Musa Hassan pun disambung kontrak dia 2tahun sewaktu dia jadi IGP dulu sebab nak pastikan certain dasar yang dia buat tu dapat dilaksanakan. Itu cuma pendapat marhaen aku yang belum ada degree pun lagi ni. Maybe corporate world kena cepat sikit tukar-tukar leader, who knows.

Music
Ini bukan masalah besar, cuma aku saja nak cakap music klasik yang MAS play time nak take off atau landing agak boring. Excitement kurang. Kalau boleh ubah la music Malaysian yang rancak sedikit. Rebranding. Bila dengar music yang Emirates play rasa macam excited nak experience Emirates.

Makan
Aku tak fussy sangat sebenarnya pasal makan. So far aku rasa Emirates pun boleh tahan juga makanan dia. From Dubai to Kuala Lumpur last month, the meal I had was nasi lemak. So yeah, Emirates pun ada local cuisine juga cuma with MAS I would say I feel closer to home. Worst is British Airways. The muslim food is awful during my flight back and forth from JFK to Heathrow. Emirates punya in flight dining was good. Dia bagi cutleries besi, which is good. Aku rasa senang gila bila makan dengan cutleries besi ni, tambah2 bila ada daging yang susah sikit nak potong. Kalau yang plastik, mau nak patah sudu garfu tu nanti.

A380
A good move by MAS I can say to have bought that plane. Aku berpeluang naik A380 from JFK to Dubai last month by Emirates. It was a cool place. Superb interior, superb in flight entertainment! Aku ada baca few blogs yang cerita experience mereka on board Malaysian Airlines A380. Malaysia Airlines A380 Joyride katanya. 3hours flight. Dari gambar-gambar yang aku tengok, interior dia cantik. In flight entertainment pun mesti la hebat gak. Flight baru la katakan. Tapi ada juga aku baca certain blogger yang komen pasal Joyride tu, terutamanya makanan yang disediakan. And I have to agree with him. Kurang menarik sikit penyediaannya terutamanya untuk penerbangan "promotion" seperti itu. Sepatutnya MAS sediakan makanan yang okay la sikit aku rasa. Maklumlah, nak bagi introduction flight baru dekat orang ramai, especially bloggers dan juga wartawan. Malaysia Airlines mesti nak orang tulis benda baik-baik kan?

Star Alliance
MAS sedikit lambat masuk Star Alliance. Mungkin by the end of this year baru fully a member of Star Alliance. So aku rasa part ni paling rugi. Aku pun baru gak tau MAS ni bukan member Star Alliance bila nak balik ke Malaysia for summer this year. Niat di hati nak redeem enrich miles dengan naik Emirates. Rupanya bukan sedara pun. Hampeh.

Ticket price?
Aku rasa yang ticket price MAS ni agak mahal la. Kata salah seorang yang komen pasal MAS, "Bukan aku tak nak tolang MAS, tapi aku nak beli ticket MAS pun tak mampu". Yeah, agak mahal sedikit ticket MAS berbanding AirAsia. Aku rasa yang lebih MAS compared to AirAsia domestically ; mango/apple juice, salted peanuts, aerobridge. Dan itulah yang buat surcharge and insurance MAS mahal nak mampus compared to AirAsia. Nak kurangkan? Aku tak reti sangat nak cakap pasal airlines business, cuma kalau boleh listkan harga ticket macam yang AirAsia buat sekarang. Listkan as total price terus. Ini sebab contoh tadi aku try tengok price tickets AirAsia dengan MAS. Same route and masa lebih kurang. For AirAsia, they listed it at RM92 which is also the final amount bila ko checkout nanti. Tapi MAS the listed it at RM69. Tapi bila nak checkout ko isi itu ini, their final amount is RM127. Hampeh. Dan aku rasa benda camni la yang buatkan passanger rasa tak nak bukak pun website MAS untuk tengok harga ticket though sometimes price dia dengan AirAsia lebih kurang sama or even lagi murah! Sebab bila customer dah experience nak checkout MAS kena tambah itu ini yang buat ticket price jadi mahal, their next trip nanti mereka mungkin akan ignore terus untuk check harga mana yang lebih murah. So, bila cakap je dengan society, "AirAsia lagi murah" and they will go direct to AirAsia without doubt MAS mungkin murah. So, AirAsia is winning here.

Emirates, A380, JFK-Dubai

Aku rasa setakat ini la dulu post aku. Aku pun bukan sapa-sapa pun. Degree pun tak tau lagi macam mana. Aku harap Malaysian Airlines untung tahun ni dan tak rugi RM2.524b macam last year. Penat goverment Malaysia nak tanggung.

Sekian, wassalam.

Wednesday, May 23, 2012

Summer 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Aku kira sudah lebih sebulan blog ini terbiar, sibuk sedikit dengan exam dan test untuk Spring semester. So here I am, back in Malaysia for 3months insyaAllah for summer break. Perjalanan dari John F Kennedy Airport on May 16th mengambil masa lebih kurang 31jam untuk sampai ke Sultan Ismail Airport, Kota Bharu on May 18th boleh tahan menyeksakan considering flying and transit hours.

So, I've met few interesting people on my way back home. Corporate people, intern student, sportsperson and bla3. I can say it was a great journey. We shared lot of experiences and interest. Transit in Dubai was a bit boring. I just stayed at the airport waiting for my connecting flight back to Malaysia.

Jadi lebih kurang 5hari dah dekat Malaysia. Tahun lepas cuti aku boring gila. So tahun ni I have to do some plans, interesting plans. So yeah, insyaAllah will be updating lot of stories during the holidays. Sapa-sapa ada cadangan untuk dibuat time cuti dialu-alukan untuk letak dekat comment.




One World Trade Center, New York.

Enjoy your holiday bagi yang dah bercuti, dan selamat meneruskan perjuangan bagi yang masih lagi ada finals.
Sekian, terima kasih.



Friday, April 20, 2012

PTPTN


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Aku mungkin agak  ketinggalan dalam menulis isu yang agak hangat dibahas dan dibincangkan sekarang iaitu PTPTN.
Secara jujurnya aku tidak tahu samada aku layak atau pun mampu untuk menyuarakan pendapat aku mengenai isi ini kerana aku tidak merasa apa yang peminjam-peminjam PTPTN rasai.

Cheese cakes beli dengan duit biasiswa. Mohan maaf. Saya lapar.

Aku tidak mahu bercakap panjang mengenai isu ini. Cukuplah sekadar highlight terhadap beberapa isu penting.

Mansuh PTPTN? Free education?
Dua isu ini adalah isu yang berbeza. Jangan salah faham.

Mansuh/Tidak?
Aku merasakan belum sampai masa untuk mansuhkan PTPTN. Bukan kerana perkara itu mustahil tetapi lebih kepada keadaan semasa negara kita. Keadaan negara kita agak tenat aku boleh katakan dengan jumlah hutang negara meningkat kepada RM378b mengikuat data Bank Negara. Oleh itu aku kira dengan keadaan kita yang agak tidak stabil, sekarang bukanlah masa yang sesuai untuk memansuhkan PTPTN.

Riba?
Aku rasa isu riba agak pening bila difikirkan. Ini kerana banyak lagi riba dalam sistem kewangan pada masa sekarang terutamanya dalam membuat pinjaman untuk membeli kereta. Jadi, jika kita sanggup meminjam duit banyak untuk membeli kenderaan yang agak selesa dan mewah, mengapa kita tidak rela berkorban untuk menabung untuk pendidikan? Aku tidak bersetuju dengan faedah yang dikenakan oleh PTPTN, jadi aku rasa perkara itu patut dikaji semula kerana perkara itu agak membebankan rakyat aku kira.

Hutang perlu dibayar
Mengikut apa yang aku belajar, hutang perlu dibayar. Rakyat tidak dipaksa untuk meminjam PTPTN. Semua baca syarat-syarat pinjaman bukan? Jadi mengapa merusuh sesudah tandatangan? Di US, rata-rata pelajar di sini buat part-time untuk tanggung college education mereka. They learn the hard way of earning money. Aku yang tidak bekerja pun kadang-kadang rasa terlalu banyak homeworks dan assignments yang aku perlu siapkan, apatah lagi mereka yang bekerja. Aku dengar banyak students kita dpt PTPTN belanja awek sana sini, makan nak up up, betul ke?

You get what you paid for
Ini bukanlah isu yang agak penting atau kritikal untuk dicakapkan. Aku merasakan ada betulnya dengan ayat itu. Aku bukanlah salah seorang peminjam PTPTN. Aku berusaha belajar untuk mendapat biasiswa. Akku merasakan banyak masa sekolah menengah aku habiskan dengan belajar untuk mendapat apa yang PTPTN nampak sebagai "free" aku kira. Mereka tidak nampak mungkin bagaimana masa suka gembira mereka aku tukarkan dengan belajar untuk berada di tempat sekarang.

Demo/Berhimpun/Dataran Merdeka/Rights?
Aku secara jujurnya tidak melarang sama sekali untuk mereka berhimpun, berdemo, atau berkhemah di Dataran Merdeka. Cuma aku tertanya-tanya, IPTA cuti sekarang? Untuk siapa mereka berjuang sebenarnya? Sekiranya mereka yang di bawah pinjaman PTPTN berjaya mendapat first class honor lah yang berhimpun di Dataran Merdeka, tabik aku kepada mereka. Betapa mereka sanggup berjuang untuk rakan-rakan mereka yang lain kerana mereka yang mendapat first class honor boleh mendapat pengecualian dari memebayar balik pinjaman mengikut rujukan aku di website PTPTN. Tapi, jika mereka yang berhimpun itu mendapat keputusan yang ala kadar boleh kita kira, alangkah sedihnya jika betul. Betapa masa yang sepatutnya mereka gunakan untuk menaikkan CGPA mereka dan bebas dari PTPTN digunakan untuk berhimpun dan berdemo untuk sesuatu yang tidak pasti. Bukan untuk mematahkan semangat, tetapi seringkali aku dengar, untuk mengubah sesuatu, ubahlah diri kita dulu.

Kesimpulan
Tidak ada apa yang aku hendak simpulkan. Cumalah persoalan yang aku fikir dapat difikirkan dengan lebih mendalam lagi. Jika ada sesuatu yang hendak diutarakan atau ditambah atau dibangkang aku dengan rela hati menerimanya. Aku berharap Malaysia akan terus maju dan membangun walaupun ada isu-isu yang sensasi seperti ini. Dan menunggu dengan excited debat antara KJ dan Rafizi Ramli soon.

Sekian, wsalam. 

Tuesday, March 13, 2012

Just finished doing my reflection paper 2 for ethics class. Its 12.17am and I'm still awake.
Something quite weird for me as I always sleep before 10pm these 3months I guess.

Studies is getting tougher I guess. Finance is kinda tricky now. And I have group meetings here and there. And international trade theories sometimes annoyed me. But hell yeah. Mana ada hidup yang sentiasa senang kan. There's up and down. And there is no sweet victory I guess without pain in the ass assignments and tests.

I'm started to learn things in life. Something important.

Of things that can change my perceptions of how I view thing. Of how am I doing in the past. Of how to improve it, to make it better.

Rasa dah tua.



Ok, merapu. Bye.


Friday, March 2, 2012

3/2/2012


Orang cakap hati kita tak tenang, mungkin sebab kita jauh dengan tuhan.
Sebab kita kadang-kadang lalai dengan dunia.
Jadi solution dia kita cuba la dekat dengan tuhan. InsyaAllah, Dia akan ease everything that we do.

Kalau kita rasa susah pula, ingat ada yang lagi susah dari kita.
Mungkin kita rasa tak adil kenapa benda tu jadi dekat kita.
So, kita kena ingat "Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambNya.



This post is a bit lame.
I'm just pointing out some of the things that I always heard my friends complaining about.
Will try to get more good stories this Spring break! InsyaAllah.

Selamat bercuti.
Dan selamat memulakan persekolahan rakan-rakan yg berada di Malaysia.

Monday, February 6, 2012

Marilah baca

Assalamualaikum,

Post kali ini aku nak beri peringatan sedikit kepada rakan-rakan muslim aku yang sudi baca blog ini.

Memang betul kita dah baca ayat-ayat suci Al-Quran dalam kita sembahyang lima waktu.
Tapi lagi baik kalau kita dapat duduk baca Al-Quran, at least 2muka surat sehari maybe.
Sebab orang cakap tengok ayat-ayat Al-Quran pun kita dah dapat pahala.
Kalau baca insyaAllah dapat lagi byk la kot. Semoga kita dapat amalkan dalam kehidupan seharian, insyaAllah.

Sekian, wassalam.

Saturday, January 21, 2012

Iklan

Chinese New Year dah dekat. So yang paling best time festival macam ni tambah-tambah lagi dekat Malaysia is their ads. So yeah, I think this one is good. Appreciate your parents yawwwww.


Wednesday, January 18, 2012

My Spring semester had just started today.
Mine will begin tomorrow. This semester I'll be taking taking 5subjects insyaAllah.
1. International Trade
2. International Marketing
3. Financial Management
4. Business Society and Ethics
5. Professional Development Strategies

Cuak? Yes, cuak. This semester seems to be harder than previous semesters that I've gone through.
And my timetable is quite heavy on Wednesday. Hopefully, exams will not be done on the same day, if not I'll be doomed. Including this semester, a year and a half to go before graduation insyaAllah.

To those who had just finished with their exams, well done and good luck for the results. Those who is sitting for exams in these few weeks, good luck, especially to my dear brother and kup and friends in UK. I wish all of you the best.

Untuk kawan-kawan di Unites States, semoga kita mendapat ilmu yang bermanfaat dan berguna untuk semester ini. Semoga dipermudahkan pembelajaran kita oleh-Nya.

Ayuh kembali ke sekolah!



Btw, dah besar dh Sherina ni. >Klik sini<
Zaman aku sekolah rendah dulu dia pernah nyanyi dengan Westlife(I have a dream). >Klik sini<

Thursday, January 12, 2012

West Coast trip

Assalamualaikum

Sudah hampir sebulan rasanya tak update blog. Last time I updated this blog I think was before I went to State College for our West Coast trip. So here I am, back in Philly after three weeks away from home. The main event that we are going to in the West Cost is Muktamar 2011. Tahun ini apa yang menarik ialah event tersebut diadakan di Las Vegas, Nevada. There are 14 of us altogether traveling in 2 Dodge Caravan(7 per car). White color Dodge Caravan yang aku naik mileage dia dekat State College on 12/18/2011 is 4802miles, on 01/07/2012 pula mileage dia 12202miles. So, we have traveled 7400miles or in kilometers its around 11909.

It took about four days for us to travel from State College to Las Vegas. Banyak pengalaman dan benda yang dapat aku lihat sepanjang tiga minggu perjalanan. So, aku akan compress-kan apa yang akan aku tulis dengan sedikit gambar from that three weeks trip.

Route

Our white color Dodge Caravan

Dawn after passing Mississippi River

Grand Canyon

Hoover Dam!

Muktamar 2011 with Habiburrahman El Shirazy(Ayat-Ayat Cinta)

Las Vegas!

Valley of Fire

Hollywood Sign, Los Angeles

Universal Studios Hollywood

San Francisco, night

Golden Gate Bridge, San Francisco

New Year, fireworks, San Francisco

Journey from San Francisco to San Diego, hundreds of miles of view like this

Mission Beach, San Diego. Love the beach.

Journey back home. Juniors with cactus. This is just the small one. True story.

Setakat itu sahaja gambar yang aku kongsi dekat blog. Nak tengok lebih boleh ke facebook atau flickr.

Semoga perjalanan kami selama tiga minggu itu diberkati dan dirahmati Allah. Semoga segala segala ilmu yang kami dapat sepanjang tiga minggu itu samada baik atau buruk, dapat kami jadikan panduan atau peringatan pada masa hadapan.

Sekian, wassalam.

 

blogger templates | Make Money Online