Tuesday, August 23, 2011

Berpuasa

Assalamualaikum dan salam perpaduan.

Entry kali ni aku nak bercerita pasal puasa di Malaysia sikit compared to puasa di Philly. Last year aku fly ke Philly around 2 weeks before raya. So aku rasa la juga macam mana puasa di Philadelphia. Aku ulang, di Philadelphia. So, pengalaman aku mungkin berbeza dengan budak-budak di United States yang tinggal di kawasan lain.

1. Tarawikh:
Di Philly, aku rasa tarawikh tu ada tapi memandangkan rumah kami jauh sedikit dari masjid, keadaan tersebut membuatkan aku susah untuk ke masjid untuk bertarawikh. Tambahan, environment di Philly sedikit menakutkan berbanding di Malaysia pada waktu malam. So yeah, puasa kali ni alhamdulillah, hampir setiap hari dapat bertarawikh di masjid, most of the time pergi dengan family.

2. Sahur:
Di Philly, aku rasa aku jarang-jarang bersahur. Bukan apa, sebab hidup sendiri jadi malas itu sangat banyak datang. Bersahur ni bagus. Sabda baginda Rasulullah SAW:
"Bersahurlah kamu semua kerana sesungguhnya pada waktu makan sahur itu terdapat keberkatan." Hadis riwayat al-Bukhari.

3. Makan/Berbuka:
Aku rasa dari segi makan, aku lebih prefer Philly kalau berbuka cara yang betul. Makan sedikit sekadar kenyang atau sedang sedang perut. Kalau dekat Malaysia, masyaAllah, makan sampai bloated. Pergi bazaar ramadhan? Paling-paling sikit pun habis dalam RM30 tiap-tiap kali pergi sana.


4. Berjemaah(tadi tarawikh sahaja):
Aku rasa aku prefer sembahyang berjemaah di Philly. Sebab berjemaah dekat masjid sana rasa macam rapat sikit. Rasa lain macam. Bila sembahyang pun rasa macam kukuh sebab saf cukup-cukup, muat muat, rapat-rapat. Kalau dekat Malaysia, ramai gila bukak kangkang luas-luas bila sembahyang. Saf yang boleh muat 10 orang pun boleh jadi muat 6 orang. Kalau kangkang buka luas kekal tak kisah sangat. Ini dari 2tiles jadi 1tile or 1 setengah tiles. Kurang umphh sikit.

5. Sembahyang raya:
Sorry meleret sampai raya sikit. Hari Raya last year di Philly aku ada kelas tapi sekejap sahaja, sempat untuk sembahyang raya sebenarnya. Last year aku memang niat nak pergi sembahyang raya. Dah cari masjid dengan Wan tapi macam mana aku pun tak tau tak jumpa masjid. Instead, jalan the opposite way and last sekali declare silap jalan. Last last balik rumah. Raya dekat Malaysia mungkin lain sikit sebab most of the family ada pagi raya. Dengan kuih muih raya. Dekat Philly makan ala kadar sahaja raya. Last year batchmates ada la buat makan sikit. Apa pun syukur.

Setakat itu sahaja sedikit sebanyak beza yang boleh aku fikir.
Yang penting semoga kita dapat beribadat dengan sempurna dan selesa.
Selamat menjalani ibadah puasa. :)

3 Comments:

  1. .::annemishi::. said...
    Kalau bab terawikh kat philly tuh kan ada rasa mcam boleh kenal byak mazhab tak? Taktaubla kalau lelaki. Tapi kalau perempuan obvious sikit kot kalau nak tau dia pakai mazhab apa.
    syahmi said...
    Anne: Boleh la cam sikit sikit. Tapi aku tak reti sangat beza.
    free online games said...
    thank for sharing, i like it , you can visit http://www.freeonlinegames6.com

Post a Comment



 

blogger templates | Make Money Online