Thursday, March 24, 2011

raining.

Dalam post kali ini, terlebih dahulu aku nak ucapkan tahniah kepada adik aku, Ahmad Faiz Safwan, dari Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir atau nama lamanya Sekolah Menengah Sains Seremban. 7A+ 2A 1B+. Biology dapat B+, memang torbaik. Jadi aku sarankan jangan gatai nak apply medic. Engineering ada, business ada, econs ada, pilot ada, diplomatic ada. Banyak lagi benda lain yang worth applying. Yang penting semua tu mestilah bergantung kepada minat dan kecenderungan terhadap bidang itu. Tahniah diucapkan walaupun sah sah adik aku frust gila dapat seekor B. Aku dulu pun macam tu bila dapat seekor B3 untuk EST dulu seterusnya menjadi pelajar tunggal yang tidak mendapat A bagi subjek EST. Epic.


Mengikut sumber aku, Datuk F, berikut merupakan kedudukan keputusan SPM 2010 bagi sekolah-sekolah menengah di bawah kerajaan pusat. MRSM Pengkalan Chepa muncul sebagai sekolah terbaik Malaysia di bawah kerajaan pusat dengan gps 0.8291 dan seperti biasa Kolej Yayasan Saad terus cemerlang dengan gps 0.66. Keputusan pecah punggung kata Dr Rozmey.

1.MRSM Pengkalan Chepa - 0.8291
2.SMS Tuanku Tunawir(SASER) - 0.8884
3.MRSM TUn Ghafar Baba(Jasin) - 0.914
4.MRSM Taiping - 0.97
5.SBP Integrasi Gombak - 1.1341
6.Kolej Islam Sultan Alam Shah(KISAS) - 1.145
7.Sekolah Tun Fatimah(STF) - 1.2837
8.MRSM Langkawi - 1.33
9.SBP Integrasi Rawang - 1.3408
10.SMS Alam Shah(ASIS) - 1.3495

Aku sebagai bekas pelajar MRSM Pengkalan Chepa 06/07 mengucapkan tahniah kepada junior-junior dan guru-guru di atas usaha gigih mereka. Sesungguhnya tanpa usaha, susah untuk seseorang berjaya. Syabas cikgu cikgi yang berusaha keras mendidik junior-junior. Tambah Datuk F lagi, MRSM Pengkalan Chepa mendapat 100% A dalam sembilan matapelajaran iaitu Matematik, Bahasa Melayu, Sejarah, Pendidikan Islam, English for Science and Technology, Rekacipta, Perakaunan, Tasawwuf, dan Pendidikan Seni Visual. Tahun aku pun patut dapat EST tu, cuma macam biasa la, mungkin pemadam aku tak berfungsi masa jawab multiple choice questions atau MCQ. Sampai tua Madam Zakiah tu ingat aku. Last time aku melawat MRSM Pengkalan Chepa is Hari Guru 2010. "Of course I remember you. Your mother was so worried about your EST. Nak buat macam mana, bukan rezeki you." Lebih kurang macam tu la dia cakap. Aku mampu sengih je. Maklumlah, results corot sikit sebab aku. Serious aku ingat lagi macam mana aku tau aku sorang tak dapat A for EST. Nak dijadikan cerita aku tengok keputusan overall EST dekat Cikgu Sapawi kalau tak silap aku sebelum ambil slip keputusan SPM. Tengok-tengok seekor orang tak dapat A untuk EST. Dalam hati aku "kalo aku budok ni, mapuh". Lepas tengok je slip aku, terus aku senyap tak cakap pasal budak tak dapat A untuk EST. Blah keluar dewan macam tu je.

Hari ni juga la lebih kurang 3tahun lepas aku cuak gila nak tengok results. Sejurus pulang dari Kem PLKN Tasoh, Perlis aku terus pulang ke kampung halamanku di Bachok, Kelantan. Maklumlah, time tu aku tinggal di Penang. Esok tu siap-siap nak pergi sekolah nak ambil results dengan hati yang macam nak luruh. Dapat je results, seingat aku, ayat yang first terdetik dekat hati aku "oh shit" sebab tak dapat 10A. Memang nak mencarut je rasa. Maklumlah, abang dapat 10A1, sah sah ada comparison bila jumpa saudara mara. Lepas tu macam biasa la, kena terima hakikat yang aku ni malas sikit. XD

Dan harini jugalah aku banyak tengok status dekat facebook kawan kawan aku cerita pasal zaman-zaman nak ambil results spm dulu. Tak kurang juga yang tukar profile picture kepada zaman sekolah. Status cikgu cikgi aku dekat MRSM pula dah dekat 200likes, nak sampai tahap Malaysiakini punya news dah. Macam-macam.

Bagi budak-budak yang pass with flying colors, boleh la apply typical scholarship iaitu JPA scholarship dan juga MARA scholarship. Ini kerana banyak lagi penajaan di Malaysia yang adik-adik manis sekalian boleh apply contohnya Petronas, Bank Negara, Khazanah, PNB, Telekom, Sime Darby and many more. Harap-harap salah satu tu jadi rezeki korang. :)
All the best.

Yours truthfully,
Datuk S.

3 Comments:

  1. : nako : said...
    lol thaniah to your adik. if you corot then me ape? haha
    good day tok! x
    syazwan said...
    tahniah bro for your bro...
    p/s: jgn ikut jejak abg kau yg business, dia dah cukup utk ubah msia.. haha
    ahmad akmal syahmi said...
    Nako
    mekasih2. u good! :D

    Wan
    Mekasih2. Tenaga aku belum cukup nak ubah Msia. Nak ubah diri aku pun tak cukup.

Post a Comment



 

blogger templates | Make Money Online